Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ada banyak kisah mengenai RnR ni,berhati-hati musim perayaan anda mungkin singgah?

Di RnR ni tak kira masa sentiasa sunyi, boleh dikira dengan jari pelawat yang menyinggah. Sepatutnya ada pengawal yang bertugas untuk mengawal kawasan ni. Tapi sejak akhir-akhir ini min tak nampak seorang pun pengawal samada tempat ini sudah tidak dikawal ataupun min datang pada waktu pengawal pergi makan atau ada hal tertentu.

Ada banyak kisah mengenai RnR ni, bila ada masa untuk menulis tentangnya nanti min akan tulis. Cuma tadi min singgah sebentar. Biasalah tadi berbuka apa ntah perut memulas rasa nak berak je.. Min sampai tadi hampir pukul 12.

Tidak ada sebijik kenderaan pun yang ada kecuali min sorang, so min masuk ke dalam tandas yang sunyi tu. Masuk dalam satu kubikel yang hampir dengan min (nak tercirit oii!!!)

Min perasan tak ada orang lain pun, so masa tengah melepas tu min dengar air di flush. Lepas tu bunyi berdehem di kubikel sebelah. Pastu bunyi air di buka. Min buat tak tahu jela. Min memerut sambil layan rokok.

Selesai memerut, min keluar la. Kubikel sebelah masih lagi tertutup dan air mengalir keluar. Min bior jela pastu keluar pergi ke kereta. Min tengok kereta min je tak ada sebarang kenderaan lain. Min tinjau keliling tak ada orang so min masuk balik dalam tandas nak pastikan samada ada orang ke tidak kubikel yg bertutup tu.

Senyap je bunyi, tapi air mengalir keluar. Min saja tolak pintu. Ceh…tak ada orang!! Min tutup la air tu..dan min pun keluar dari tandas menuju ke kereta sambil snap beberapa keping gambar untuk tulis cerita ni..

Agak-agak korang camne? Siapa yang berdehem siap flush jamban tadi? Min biarkan persoalan tadi untuk korang fikir…min nak sambung drive jap-

Misteri Alam Gaib.

kisah sram

tasik raban adalah merupakan salah satu antara lokasi menarik untuk dilawati di Lenggong selain dari diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sejak terbinanya jalan lebuhraya Kuala Kangsar – Gerik, kawasan lenggong terus menjadi tumpuan dan menjadi jalan utama untuk bergerak ke utara dan juga timur ke Kelantan.

Mungkin ramai yang tidak perasan tentang wujudnya sebuah Hentian Rehat dan Rawat iaitu RnR betul-betul sebelum jambatan Raja Muda Nazrin dari Kuala Kangsar disebelah kanan yang dibuka sejak tahun 2004 lagi dan untuk makluman anda, RnR tersebut sudah lama ditutup sepenuhnya sejak 2010 lagi.

Baru-baru ini, telah tular di laman media sosial facebook berkenaan dengan kejadian dan pengalaman misteri yang berlaku di hentian ini. Kisahnya berkenaan mereka singgah solat dan makan pada tahun 2013 sedangkan hentian Tasik Raban ini tutup sepenuhnya pada 2010.

Mengikut cerita dan tanggapan penduduk setempat, Hentian Rehat dan Rawat Tasik Raban dibina di kawasan agak tinggi berhampiran Tasik Raban kerana pemaju mahu pengunjung menikmati keindahan Tasik Raban dari kawasan hentian tersebut. Semuanya berjalan lancar dan punyai ramai pengunjung pada awalnya, namun semakin lama semakin berkurangan.

Oleh yang demikian, apabila pengunjung berkurangan maka perniaga pun mula perlahan-lahan angkat kaki berlalu pergi mencari rezeki di lokasi yang lain kerana kerap mengalami kerugian. Selepas beberapa kali cuba mempertahankan untuk terus membuka hentian itu, namun usaha tersebut gagal apabila ia terpaksa ditutup pada tahun 2010.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tasik Raban bukanlah ditutup kerana hal-hal misteri seperti mana yang diwar-warkan di laman media sosial. Ianya adalah kerana faktor pengunjung yang semakin hari semakin berkurangan dan menyebabkan peniaga yang seringkali hadapi kerugian.

Hal ini mungkin kerana lokasi jalan masuk hentian tersebut agak tersorok dan membuatkan pemandu terlepas pandang. Selepas penutupan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tasik Raban pada tahun 2010, maka bermulalah episod cerita misteri yang semakin hari semakin menjadi-jadi oleh masyarakat kita.

Menurut orang muda yang merupakan penduduk setempat yang ditanya secara rawak dikawasan tersebut oleh editor orangperak.com, sepanjang jalan dari Tasik Raban sehinggalah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong dikatakan keras dan lebih baik cuba elak lalui kawasan tersebut seorang diri selepas 12 malam.

Sejak ia dibuka pada tahun 2004, segala hal-hal penyeliaan dan penyelenggaraan harian kawasan berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Lenggong (MDL). Apa yang wajar dipuji, pihak Majlis Daerah Lenggong (MDL) masih menghantar kakitangan untuk membersihkan kawasan itu walaupun ia ditutup kepada orang awam sejak 2010.

Sebelum ditutup sepenuhnya pada tahun 2010, Majlis Daerah Lenggong (MDL) pernah membenarkan sebuah pusat pengajian untuk bertapak dan beroperasi di kawasan hentian tersebut namun malangnya mereka hanya beroperasi dan bertahan selama beberapa bulan sahaja dan kemudian telah tutup dan memberhentikan operasi mereka.

Hari ini, dikatakan terdapat pihak yang mahu mengubah suai hentian tersebut untuk menjadi sebuah hotel sejajar dengan imej Lenggong sebagai lokasi pelancongan popular. Namun, projek tersebut masih lagi di dalam peringkat penelitian dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berharap agar rancangan ini dapat diluluskan dan pembinaan hotel dapat direalisasikan dalam masa terdekat.