Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ada beberapa budak lelaki “buang” dia disitu-mangsa lari rumah dan report polis

 

 

Kejadian Selepas Teraweh….

Balik dari teraweh tadi singgah 7e , nak beli air mineral……
Keluar dari 7e terdengar suara orang menangis menjerit kuat , tercari cari tapi tak jumpa mulanya..

Lepas tu terpandang ada seseorang atas pembahagi jalan , cuak juga mulanya tapi takpela beranikan diri pergi tanya..

Rupanya budak perempuan umur lingkungan 15 tahun duk menangis menjerit disitu.

Saya cuba tanya , katanya ada beberapa budak lelaki “buang” dia disitu. Hati dah mula rasa lain , suami dalam kereta tidokan anak.. Takpela saya boleh uruskan…kan anak terjaga susah pula saya nak uruskan budak perempuan ini.
Saya call polis dan minta bantuan beberapa orang yang kebetulan behenti memberi bantuan.

Saya mintak beberapa org pemuda disitu untuk sama-sama “papah” budak perempuan tu ke kereta …., dan suami bawak ke balai polis …

Cuba selidik puncanya..rupanya budak ini mangsa ditipu beberapa budak lelaki kenalannya..Kebetulan Mak ayah budak perempuan ini juga ada buat report tentang kehilangan anaknya yang dah tak balik beberapa hari.
Mungkin budak perempuan ini mangsa ditipu, mungkin diperdaya lelaki kenalannya …katanya ada 3 budak lelaki cuba apakan dia , bagi minuman keras dan “cubaan” mer88gol dengan membawanya ke sebuah hotel murah di bandar kuala terengganu…Allahurobbi

Terkedu saya , kesian ada , sedih ada , kecewa ada..nak menangis pun ada tgk budak perempuan ni…

Tak tahu nak cakap apa..cuma semoga adik perempuan ni lebih berhati hati selepas ini , mak ayah tolonglah pantau anak-anak , anak-anak tolonglah dengar cakap mak ayah , kesian mak ayah kita … adik adik perempuan di luar sana tolonglaa jaga maruah diri , hati-hati dan jangan mudah sangat nak ikut dan percaya lelaki yang cuba ambil kesempatan..tengok , bila orang taknak kita , diorang campak je di tepi jalan

Cuma satu saya juga ingatkan diri saya bila kejadian ini dan berjumpa adik adik yang terbiar dan mungkin kurang kasih sayang jiwanya..janganlah dihina mereka ini yang mungkin tidak sealim anak anak kita yang serba serbi direzekikan sejak lahir sudah mantap imannya..Kita pun tak tahu bila Allah akan campakkan HidayahNya pada hati hati mereka ini dan boleh jadi suatu masa nanti mereka ini berubah menjadi insan pekerti berbanding diri kita sendiri….

Terima kasih pihak polis Balai Polis Cabang Tiga , K.Terengganu…yang cepat ambik tindakan tadi , dan sangat memberi kerjasama ….
Saya tinggalkan budak perempuan tadi bersama polis wanita disitu , mungkin akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan..

Sebelum saya balik dia datang bersalam dengan saya dan cakap “saya janji kak , saya taknak buat mak ayah saya sedih lagi ”

Saya senyum..Semoga ada sinar untukmu dik..Ramadan Karemm..Bulan penuh rahmat dan Keampunan….😔

-Kg Losong , Chabang Tiga KTrg-

Credit : Dalyana Yusof

Viral.my-ORIGINAL