Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

adik saya telah ditampar 3 kali oleh Setiausaha Masjid Al-Faizin-abang mangsa

 

 

Der sedap dia je tampar anak orang…

Setiausaha Masjid Menampar Belia Sukarelawan OKU
Nazir & AJK Masjid cuba menutup cerita

Incident dalam video di bawah berlaku kepada adik saya pada 10 February 2019 . Dalam kejadian tersebut adik saya telah ditampar 3 kali oleh Setiausaha Masjid Al-Faizin ( https://www.facebook.com/maf.alfaizin/?ref=br_rs ) Desa Jaya Husin Din.

Perkara ini telah dilaporkan kepada Nazir Masjid Al-Faizin, Dato Arpan Shah Satu ( https://www.facebook.com/arpanshah.satu?ref=br_rs ). Bukan sahaja Nazir tidak mengambil tindakan terhadap Setiausaha tersebut, malah dia telah meminta pula adik saya untuk tidak memanjangkan kes, dan tidak membuat laporan polis atas Setiausaha tersebut.

Sikap Setiausaha yang menampar adik saya dan sikap Nazir dan AJK masjid lain yang tidak mengambil tindakan dan cuba menutup perkara ini bagi saya tidak mencerminkan akhlak yang harus ditunjuk oleh pemimpin, lebih-lebih lagi barisan kepimpinan masjid. Lebih menyedihkan lagi, dua orang dalam video yang sekadar melihat kejadian juga adalah AJK Masjid. Setiausaha tersebut juga telah diminta oleh jemaah masjid untuk meletakkan jawatan serta-merta, tetapi telah diabaikan oleh Nazir dan Setiausaha tersebut

Laporan telah dibuat kepada
1) Pihak Polis
2) JAIS
3) Majlis Daerah Gombak

Laporan kejadian telah dibuat seperti dibawah.

[Laporan]
Pada 10hb February 2019 (Ahad)
Selepas sembahyang ishak, semasa adik saya sedang membuat kerja-kerja dapur. Tiba-tiba Husin Din yang juga merupakan Setiausaha Masjid Al-Faizin yang baru telah memukul dan memaki adik saya Muhammad Firdaus. Beliau juga mengugut Mohammed Firdaus supaya tidak lagi memasuki dapur Masjid berkenaan. Kejadian ini berlaku dihadapan sebahagian Ahli Masjid berkenaan.

Setelah diselidik punca kejadian ini adalah seperti berikut:-
Pada hari yang sama (Ahad 10/02/2019) lebih kurang jam 3:00 – 3:30 petang Muhamad Firdaus telah diminta untuk membuat kerja-kerja persiapan bagi kursus Haji untuk Hari tersebut.

Penyelia kursus tersebut Haji H.Cincin telah meminta Muhamad Firdaus untuk mengeluarkan dua tabung kutipan derma daripada pejabat masjid tersebut untuk diletakan dikawasan kursus Tabung haji.

Haji H.Cincin memberi tahu Muhammad Firdaus jika ada Wang dalam Tabung yang hendak dikeluarkan itu, beliau perlulah terlebih dahulu memasukkan duit tersebut ke dalam plastik serta meletakkannya di atas meja dalam pejabat masjid. Muhammad Firdaus telah melakukan kerja-kerja tersebut sebagaimana yang diarahkan.

Pada hari yang sama, Selepas solat Isha, Husin Din menyerang Muhamad Firdaus yang sedang melakukan tugas-tugas sukarelawan.

Dia Kata “Siapa suruh kamu keluarkan Tabung daripada pejabat” lalu terus memukulnya tanpa memberi peluang kepada Muhammad Firdaus untuk menjawab (menjelaskan) soalan yang ditanya.

Dia memukul kepala Muhammad Firdaus sebelah Kiri dua Kali dan kepala sebelah Kanan sekali. Kemudian terus memaki Firdaus dengan kata-kata kesat “Bodoh”, “Babi”, “Binatang”, “sial”, “celaka”, “Baik tak payah jadi manusia” katanya lagi.

Masih tak Puas hati lagi, Dia terus mengugut Firdaus dengan berkata “Aku tak nak tengok engkau masuk dapur masjid ini, Kalau engkau masuk tahulah apa Aku akan buat. Aku dah lama tak Puas hati dengan kamu”.

Dia kemudian berundur dari situ manakala En Mus menyuruh adik saya untuk balik ke rumah supaya keadaan tidak menjadi tambah buruk.

Perkara ini belaku di hadapan serta disaksikan oleh ahli-ahli masjid yang lain seperti Encik Mus, En. Rizuan, En. Isa, Haji Omar, Ust Fauzi Mustafa (Ust Jemputan) serta orang ramai yang masih tinggal / berada di Masjid.

Di samping itu, saya juga ingin melaporkan disini bahawa perkara ini juga telah dilaporkan kepada Ahli Jawatankukasa dan Nazir Masjid Al-Faizin Dato’ Hj. Arpan Shah Hj Satu, namun Nazir meminta perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan supaya laporan polis tidak dibuat, membuatkan saya mempertikaikan integriti Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang menunjukan sikap ingin menutup kesalahan ahli jawatankuasa yang membuat salah.

Credit : benjamin bin baniyamin-

PERAK AJERR

PENGIKLANAN BERBAYAR!

Rahsia buat duit ribuan ringgit dengan shoppee!!

pernahkah anda beli barang di shopee?

Tahukah anda shoppee merupakan lubuk buat duit paling popular di Malaysia?

50 usahawan beep diperlukan!

# Mendedahkan teknik rahsia jana pendapatan di Shoppee seumur hidup
#Membekal Lebih dari 100 ribu produk untuk anda jual di shoppee, lazada, ebay
#modal yg kecil tapi komisyen yang besar
#tak perlu pening fikirkan pakaging barang
#tak perlu fikir tentang penghantaran
#komisyen pasif dari agent secara harian dan bulanan seumur hidup
#kelas dan latihan di diberikan step by step dari A-Z hingga boleh menguasai teknik

Penerangan adalah PERCUMA!!

PELUANG INI HANYA TERBUKA UNTUK WARGA SELANGOR DAN KL SAHAJA

Hubungi
Wasap.my/601136239413

atau korang boleh follow facebook saya hanya tick button follow untuk dapatkan update terkini mengenai Shopee follow disini https://www.facebook.com/mohd.lokman.1272010

 

BERMINAT NAK IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI BLOG KAMI? PENGUNJUNG HARIAN 50,000- 500,000 SILA PM KAMI DI FACEBOOK https://www.facebook.com/dnews.fun/messenger