Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Aku ingat ni bulan puasa pontianak semua kene ikat..CERITA KELAKAR

Dari fb Shafiqqah Zulbahari…

Ya Allah Ya Tuhanku,
Nasib baik aku ingat ni bulan puasa pontianak semua kene ikat..
Cemanalahh said atonn nirajim sekor ni boleh tergantung elok kat situuuuu!!!
Sikit lagi aku nak bukak langkah lari tak cukup tanah 😩

Oii sape yg pasang banting ni woii pasang laa elok2 adehhhh nak gugur jantung… πŸ˜‘

Biarkan Hati Berbicara Pernah sekali masa otw dr kampung nk balik kl..lalu jalan dalam sempalit ke raub..jalan lak selekoh2x pukul 2 am..x de org pn y lalu..kami laki bini memg jenis y kepoh..saje x nk bg ngantuk..sekali tiba2x je laki aku y tengah gelak besar tu senyap..pastu dia fokus Gila bawak keta..makin laju..makin laju..siap Pasang ngaji Quran..aku tengok dia..dia tengok aku..dh smpi kl aku tanya dia..kenapa td b.. tiba2x senyap..dia ckp x de apa lah..masih nk sorok dr aku..aku pn ckp..syg pn nampak ap y b nampak.. bru lah dia bersuara..pastu dia tanya syg rasa mcm mana masa Tu?? Aku ckp la..nk gugur jgk jantung..tp bila smpi dekat rupanya guni buat Bungkus nangka je..sekali dia pn tergelak besar..bebel dia sbb sepanjang jln dia x benti baca surah nk bg kuatkan diri..sekali kena prank dgn guni balut nangka..gurau kasar weeiii..lain kali jgn la balut ngn guni putih tu..kena y ad sakit jantung boleh pergi cepat ooo..πŸ˜…πŸ˜…

Masmah Paidi Selalu bulan puasa dia
Tunjukkan diri tu..

Anizah Ayob Maybe baru mati tanah x terima sebab masa hidup bnyk buat dosa..tu yg tergantung2..

Muhammad Zahir Bnyk sangat tengok Cite hantu kat tv kt yang payah..lain kali kalau rasa diri tu lemah semangat tak payahlah nk tengok..πŸ˜†πŸ˜†

Elean Yosores Enriquez haha..sapa suruh balik lewat malam..nsib baik jntung x gugur..huahuahua

Kisah Seram Hantu Banduan

Semasa aku memulakan sesi persekolahan masuk ke tingkatan satu, aku mula tinggal di asrama sekolah. Hari pertama tidur di asrama, kira-kira dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. Aku sendiri tidak pasti sebab apa aku boleh tersedar masa tu, mungkin sebab tempat baru jadi belum serasi lagi dengan aku. Bila dah tersedar tu, susah pula aku aku nak terlelap balik. Jadi, aku keluar dari dorm kemudian terus berjalan keluar ke koridor. Aku pandang ke bawah, pastu pandang blok lain. Aku pun tak tahu pasal apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi seorang diri pula tu!

Selepas jalan-jalan sebentar di koridor, aku masuk semula ke dalam dorm dan berbaring di atas katil aku. Waktu itu, semua kawan-kawan aku sudah lena dibuai mimpi, tidur mati semuanya. Aku keluar masuk dorm pun tiada siapa yang sedar. Suasana sunyi ketika itu, yang ada hanya bunyi kipas buruk sahaja. Tetapi walaupun buruk, kipas itu cukup untuk menyejukkan udara di dalam dorm. Selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi seperti ada orang tengah berjalan di koridor. Aku buka mata, tapi tidak nampak apa-apa pun. Aku cuba positifkan diri dan berfikir, mungkin ada kawan yang pergi ke tandas. Kemudian aku cuba sambung tidur semula.

Dalam beberapa minit kemudian, aku terdengar lagi bunyi orang berjalan-jalan. Kali ini, bukan bunyi tapak kaki je yang aku dengar, tapi aku dengar sekali dengan bunyi nafas. Bunyi itu seolah-olah kedengaran tidak berapa jauh dari aku. Bunyi itu semakin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas disertai sekali dengan bunyi gelak-gelak halus macam tu. Masa tu aku dah rasa semacam, memang tak berani lah aku nak buka mata, dalam kepala aku dah fikir bukan-bukan. Tak lain tak bukan, aku dah fikir hantu kot yang ni, takkan orang.

banduan

Tidak lama selepas tu, memang sah, bunyi tapak kaki yang aku dengar itu sudah masuk ke dalam dorm aku. Budak-budak dorm aku tidur tak tutup pintu, kitorang biar je pintu tu terbukak. Sebab kalau tutup pun tidak ada maknanya kerana pintu dorm itu tidak boleh dikunci. Apabila bunyi tapak kaki kaki tu dah masuk ke dalam dorm, pastu bunyi nafasnya pula jelas kedengaran. Aku dah ketakutan dan tak berani nak buka mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, terasa katil aku digoyangkan. Aku berfikir sendiri, β€œAik, takkan kawan yang tidur kat atas goyang katil kot. Tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni!!”. Terus mulut aku terkumat-kamit membaca doa dan surah-surah yang aku ingat. Masa tu, badan aku sudah mula terketar-ketar dan aku pejam mata aku rapat-rapat. Selimut pula aku genggam erat sebab takut hantu itu main tarik selimut dan sergah aku. Aku juga pastikan kaki aku dilipat rapat ke badan dengan lutut ke dada, sebab aku tidak mahu hantu itu gosok dan tarik kaki aku. Ketika itu, bunyi nafasnya jelas kedengaran di sebelah kaki katil aku. Fuh, meremang semua bulu roma aku!

breath out

Lebih kurang dalam 10 minit jugak rasanya katil aku digoyangkan. Selepas itu, ia hilang. Lega jugaklah rasanya, tapi tidak lama selepas itu, kedengaran pula bunyi seperti orang sedang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Aku terfikir, β€œTidak mungkin senior datang usik macam ni kot. Takkan lah”. Bunyinya memang jelas kedengaran di telinga aku. Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Akhir sekali, aku terdengar bunyi tembakan dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam benda terjatuh.

Kejadian malam tu berhenti setakat itu sahaja. Tidak lama selepas itu, aku terdengar laungan azan menandakan masuknya waktu subuh dan juga bunyi jam loceng kawan aku. Masa itulah aku rasa lega yang teramat sangat. Keesokan harinya, apabila aku tanya tentang perkara ini kepada seorang senior, senior itu kata, memang kawasan sekolah ini agak β€˜keras’ kerana sekolah ini dulu pernah menjadi tempat seorang banduan membunuh diri.

Kata pelajar senior itu lagi, kalau aku pergi tengok di satu pokok yang berdekatan dengan bilik band, akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok. Menurut kata pelajar-pelajar senior, bilik band ini menyimpan banyak kisah hantu. Dan memang benar, aku tengok memang ada rantai itu di atas pokok yang dikatakan itu. Tetapi aku masih ragu-ragu mengenai cerita sebenar. Apabila aku tanya kepada abang aku sendiri (abang aku bersekolah di sekolah aku dulu) tentang ganguan tu, dia kata, kawan dia juga pernah diganggu semasa tinggal di asrama sekolah itu.

p/s: Kisah seram ini dipetik dari ceritaseramsanasini.blogspot.my dan diolah semula oleh kisahseram.com untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca setia kisahseram.com.