Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Angkara harta, dua beradik tergamak memukul bapa sendiri hingga m2aut


Dua beradik pukul bapa hingga mati disebabkan harta
DUA beradik yang disyaki memukul bapa mereka hingga mati dibawa ke mahkamah di Ipoh untuk permohonan reman hari ini. – UTUSAN ONLINE

Asliza Musa

 

IPOH 11 Mei – Angkara harta, dua beradik tergamak memukul bapa sendiri yang akhirnya mengakibatkan kemat0an lelaki itu dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, mangsa, R. Pardeep Kumar, 56, yang pengsan di rumahnya telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, lelaki itu disahkan mennggal dunia di hospital berkenaan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazuki Mat berkata, mangsa yang dibawa ke hospital menggunakan ambulans itu telah ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan kecemasan.

Katanya, doktor yang merawat lelaki terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang berpunca akibat hentakan.

“Seorang daripada anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan mengesyaki bapanya itu telah dipukul oleh dua adik lelakinya yang berusia 20 dan 21 tahun sehingga pengsan.

“Berdasarkan temubual dengan lelaki berusia 34 tahun itu, dua adiknya itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana harta. Ini kerana mangsa pernah mengadu yang kedua-dua suspek selalu memukul dan mencuri wang simpanannya,” katanya di sini hari ini.

Mazuki berkata, tiada sesiapa yang melihat kejadian tersebut berlaku dan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama dua suspek terbabit.

Katanya, abang kepada kedua-dua suspek itu hanya mengetahui kejadian yang menimpa mangsa setelah dimaklumkan oleh adik perempuannya.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Wadi Wadi Cukup bukti..hukum bnuh saja gantung atau pancung..nk lg best cmpk dlm sarang buaya..baru nama ny hukuman

 

-netizen-Manusia. Harta apa saje sanggup. Bnuh, fitnah, buat benda khurafat. Sedihhh

Ji Jo Banyak kali terbukti harta kesudahannya jadi fitnah dalam kehidupan ni.

Gobinath Nath Pundek Babi mesti SAUDARA lutong rayer pariah
Muhammad Muhammad Pukul bomba sampai mati…??….ok ke

k2
LELAKI warga emas dibnuh kjam oleh anak lelakinya dengan dikerat enam bahagian termasuk kepala dipnggal di Kampung Kanthan Baru, Ipoh, hari ini.

Mayat mangsa, You Su Kim, 74, ditemui di dua lokasi berbeza iaitu dalam sebuah tangki kumbahan sedalam 1.5 meter serta lubang yang digali di belakang rumah mangsa.

Kejadian ngeri disedari awal anak perempuan mangsa pada 9 pagi hari ini selepas menemui beberapa kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata susulan penemuan myat berkenaan, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 52 tahun pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, jiran memaklumkan ada mendengar pergaduhan antara mangsa dan anak lelakinya, malam tadi.

“Suspek yang ditahan kemudian menunjukkan senjata iaitu sebilah parang panjang berukuran 0.6 meter yang dipercayai digunakan untuk memotong tbuh mangsa.

“Senjata itu ditemui dalam bilik di rumah terbabit dan terdapat kesan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Yahya berkata, suspek dipercayai bertindak kjam sedemikian selepas beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap syabu dalam rumah dan suspek turut disyaki dalam keadaan khayal ketika membnuh dan mengerat tubuh badan mangsa.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa yang dikerat serta kepala yang dipnggal ditanam di dalam lubang digali suspek berhampiran pagar di belakang rumah, manakala bahagian badan mangsa pula dibuang ke dalam tangki kumbahan.

“Polis percaya mangsa dibnuh sekitar 12 tengah malam dan seorang daripada anak perempuan mangsa yang tinggal berhampiran mendakwa ada mendengar bapa serta abangnya bertengkar pada 8 malam.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membnuh dan myat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” katanya.

 

Sementara itu, seorang anak perempuan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong berkata, dia ke rumah bapanya untuk memeriksa keadaan bapanya susulan bimbang dengan pertengkaran yang berlaku malam tadi.

“Sebaik masuk ke dalam bilik bapa saya lihat kesan darah pada tilam serta bantal dan curiga dengan keadaan itu, saya meminta bantuan jiran untuk mengesan bapa sebelum menemui kesan korekan tanah di bahagian belakang rumah.

“Bapa sakit tua dan lumpuh, manakala adik lelaki (suspek) ditugaskan menjaga bapa sejak beberapa tahun lalu dan mereka tinggal berdua sahaja di rumah berkenaan,” katanya.