Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

AR Badul belum meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon AR Badul.

Menurut DJ Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal itu pada awal pagi semalam.

“Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.

“Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul. Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik.

“Sekarang AR Badul sedang berehat di kampung, di Pahang sesudah beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN),” kata DJ Dave dalam satu kenyataan kepada media.

Berharap agar cerita tidak elok sebegini dihentikan segera, menurut DJ Dave, berita kematian sesiapa sahaja perlu disahkan oleh anggota keluarga sendiri.

“Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain.

“Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar,” nasihat Dave yang turut melawat AR Badul di IJN pada Isnin lalu.

AR Badul telah menjalani pembedahan angiogram di IJN pada Ahad lalu dan dijangka menjalani pembedahan kedua pada awal Mac ini. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

Treding kini!

PRK Semenyih : Menakutkan! keadaan terkini ceramah PH – lihat 10 gambar menyeramkan!

Video : tiada hati perut! puak PH buat bising ketika jemaah islam solat asar dalam masjid

Kuliah Agama Zakir Naik dihalang, lebih 8000 orang join pesta maksiat yang diluluskan PH

Mana Menteri agama!? kali ke-2 tokong diletakkan di surau Mujahid dikecam kerana masih bisu

Ustaz popular dikecam jadi lembu DAP

Rakyat Malaysia yang kelilingi Najib adalah Badut kata penyokong PH

Pengkianatan dalaman – Senarai Menteri ingin jatuhkan Mahathir tular!

Gobind merayu beri masa sepenggal lagi untuk kerajaan PH tunaikan Janji