Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

BETAPA HEBATNYA KEBESARAN ALLAH Tanah bertukar menjadi Lumpur dan menggelegak!

 

BETAPA HEBATNYA KEBESARAN ALLAH

Tanah bertukar menjadi Lumpur dan menggelegak!

.

“Ketahuilah, kewujudan sang Pencipta itu umpama angin yang membelai tubuhmu, keberadaanya dirasai, namun kamu tidak sesekali mampu menggengam, bahkan memegang sang angin walau kamu nampak bagaimana ia bergerak”

.

“Begitulah keberadaan sang Tuhan, ia menggerakkan tenaga alam, sedangkan kamu tidak melihat DIA yang menggerakkan, namun kamu hanya mampu melihat kuasa alam yang sedang digerakkan.”

kisah kedua
BUMI terbelah dan mengeluarkan lumpur hitam adalah antara ciri gempa bumi disaksikan penduduk di Kampung Teck Guan Baru, di Lahad Datu, Sabah, setiap tahun.

Ia didakwa terjadi sejurus berlaku gegaran, disusuli pergerakan permukaan tanah yang kelihatan seperti disorong tarik.

Tanah yang terbelah selebar kira-kira 30 sentimeter dikatakan tercantum semula selepas gegaran reda, namun tanah di sekeliling lokasi terbabit bertukar menjadi lembut dan mudah mendap.

Lokasinya adalah di kawasan berbukit kecil di Kampung Teck Guan Baru, iaitu sebuah penempatan penduduk yang agak padat di hujung landasan Lapangan Terbang Lahad Datu.

PENDUDUK Kampung Teck Guan Baru, Lahad Datu menunjukkan rekahan lantai berserta lumpur yang keluar setiap kali berlaku gegaran. – Foto Edmund Samunting

Suri rumah, Nursiah Maladan, 41, berkata lokasi itu sudah ditimbus dengan tanah dan batu kerana terletak di laluan jalan kampung, selain dibina rumah.

Bagaimanapun, katanya, fenomena lumpur hitam keluar dari perut bumi masih berlaku setiap kali gempa bumi menerusi rekahan tanah yang terbentuk dan ia didakwa berlaku setiap tahun.

“Kawasan yang ditimbus masih lembut dan mudah mendap apabila berlaku tanah goyang (gempa bumi). Kalau kenderaan melalui kawasan itu ia seperti berjalan di atas tilam. Kami sudah biasa dengan keadaan ini tetapi bimbang kalau berlaku gempa bumi kuat menyebabkan kawasan ini terbelah teruk,” katanya kepada BH.

Tinjauan mendapati, hampir semua rumah penduduk di sekitar kawasan berkenaan mengalami keretakan lantai dan dinding, selain senget disebabkan pergerakan bumi.

 

Difahamkan, setiap tahun dianggarkan 10 lori batu kerikil dan tanah ditimbun di laluan berkenaan tetapi masih berlaku mendapan.

Pekebun, Nordin Maloni, 45, mendakwa retakan selebar kira-kira lima sentimeter di lantai rumahnya adalah antara lokasi lumpur hitam keluar jika berlaku gempa bumi.

“Kalau kita tekap telinga di lantai, kita boleh dengar ada bunyi menggelegak dalam tanah, mungkin bunyi air lumpur yang tertolak ke atas disebabkan pergerakan bumi,” katanya.

Jirannya, Jahara Israil, 53, berkata lantai rumahnya turun sedikit antara satu sentimeter hingga lima sentimeter selepas gegaran pada Jun lalu, yang berlaku serentak dengan gempa bumi di Ranau.

Katanya, lantai rumah bergerak seperti papan yang disorong tarik dan menyebabkan penghuni dalam rumah pening selama beberapa saat.

“Bila berlaku, semua penduduk bergegas keluar ke tanah lapang tetapi kanak-kanak pula seronok kerana suasananya seperti dihayun dalam buaian,” katanya.

PENDUDUK Kampung Teck Guan Baru, Lahad Datu, Jahara Israil, 53. – Foto Edmund Samunting

Difahamkan, Kampung Teck Guan Baru, kira-kira tiga kilometer dari bandar Lahad Datu adalah antara lokasi berisiko akibat gempa bumi di daerah ini kerana dipercayai terletak di kawasan sesar aktif.

Selain kampung itu, tapak Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu berhampiran pusat bandar turut dipercayai terletak di kawasan laluan sesar atau pergerakan bumi.

Tinjauan BH di balai berkenaan mendapati pagar konkrit, menara dan bangunan kuarters lama yang kini dikosongkan kelihatan senget seperti ditolak ke atas dari dalam tanah.

Beberapa retakan besar turut kelihatan di bahagian dinding bangunan dan pagar, selain mendapan tanah dipercayai terjadi akibat pergerakan di perut bumi.

Banyak lagi lokasi lain dipercayai menunjukkan ciri sama di sekitar daerah ini, sekali gus menguatkan kebimbangan berlaku gempa bumi besar seperti terjadi pada tahun 1976 dengan magnitud 6.2.

Selain ciri pergerakan bumi, kewujudan sebuah gunung berapi lumpur di kawasan perlindungan hidupan liar Tabin, di sini, dipercayai satu lagi bukti menunjukkan daerah ini sentiasa terdedah pada aktiviti gempa bumi.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bertugas di dalam bilik yang turut mengalami retakan pada bahagian dinding dipercayai berpunca daripada pergerakan di perut bumi ketika gempa bumi. – Foto Edmund Samunting

Kekerapan gempa bumi dan ramalan kawasan ini akan dilanda gempa lebih besar adalah aspek yang perlu diambil kira dalam sebarang rancangan pembangunan di daerah ini. Ikuti kisah seterusnya, langkah diambil Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), esok.

INFO: Cir gempa bumi zon sesar aktif di Lahad Datu

Bumi terbelah dan mengeluarkan lumpur hitam.

Gegaran berlaku hampir setiap tahun didakwa paling kerap pada musim hujan.

Lokasi paling kerap bergegar di Kampung Teck Guan Baru.

Berlaku mendapan tanah yang berulang walaupun ditimbus tanah dan batu.

Tanah kelihatan beralun dan lembut apabila dipijak jika gempa.

Gempa susulan berskala sederhana selepas gempa bumi bermagnitud 6.2 pada 26 Julai 1976

Masa — Magnitud — Kedalaman — Lokasi

PENGIKLANAN BERBAYAR!

Rahsia buat duit ribuan ringgit dengan shoppee!!

pernahkah anda beli barang di shopee?

Tahukah anda shoppee merupakan lubuk buat duit paling popular di Malaysia?

50 usahawan beep diperlukan!

# Mendedahkan teknik rahsia jana pendapatan di Shoppee seumur hidup
#Membekal Lebih dari 100 ribu produk untuk anda jual di shoppee, lazada, ebay
#modal yg kecil tapi komisyen yang besar
#tak perlu pening fikirkan pakaging barang
#tak perlu fikir tentang penghantaran
#komisyen pasif dari agent secara harian dan bulanan seumur hidup
#kelas dan latihan di diberikan step by step dari A-Z hingga boleh menguasai teknik

Penerangan adalah PERCUMA!!

PELUANG INI HANYA TERBUKA UNTUK WARGA SELANGOR DAN KL SAHAJA

Hubungi
Wasap.my/601136239413