Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dah 29 tahun aku masih nampak mak buat nasi kan-kang untuk ayah lagi-ALLAHU

 

Sekarang aku dlm dilemma macam mana nak hadap semua ni sedang kan perut semakin membesar macam mana dalam pantang aku nanti

Salam admin. Tlg siarkan kisah aku boleh? TAK tau nk mengadu kt sape. Netizen boleh panggil aku peah je. Aku ni dr keluarga yang sederhana je, tak kaya tak miskin tapi kami selalu ada masalah dengan mak aku. Mak aku ni sorang yang kuat main bm0h dengan “ustaz” kononnya. Aku pernah nampak mak aku keluar dari toilet sambil bawa pinggan berisi nasi. Dan nasi tu semestinya untuk ayah aku. Sapa2 yang ambik nasi tu mesti mak aku maki kaw2. benda ni dh makan tahun. Dari aku sekolah rendah sampai la sekarang aku dah umo 29. Cuma dah lama aku dah tak nampak mak aku buat nasi kangkang tu dah la tapi ayah aku still terlampau turut mak aku.

Aku ada terniat nak berubat ayah aku. Tapi aku perlu bawa ayah aku p sekali. Hmm. Ok sekarang berbalik pada cerita aku. Aku sekarang tengah prgnant 15 minggu. Anak sulung aku baru 2 tahun. Tp family aku masih tak tau lg pasal ni. Sebab aku takut nak bagi tau mak aku. Aku tringat dulu mak aku pernah bawak kakak aku untuk abort kan baby dia. Dan kakak aku turut kan je. Alasannya sebab anak sulung kakak aku masih kecik masa tu. Mak aku tak suka anak2 jarak dekat. Aku takut benda yang sama jadi kt aku. Risau kalau mak aku masuk kan sesuatu dalam makanan atau minuman aku untuk ggurkan baby ni.

Aku boleh katakan mak aku, kakak aku dan adik aku jahil bab agama. Masih terumbang ambing bab agama. Banyak benda yang diorang lakukan berpaling dari agama. Aku cukup sedih. Aku alhamdulillah lulusan dr sekolah agama. Tapi aku tak mampu nak nasihat diorang. Untuk pengetahuan korang aku masih dok rumah parents lg. Tengah usaha cari rumah sendiri. Sekarang aku dlm dilemma macam mana nak hadap semua ni sedang kan perut semakin membesar macam mana dalam pantang aku nanti? Aku harap Allah sentiasa lindung keluarga kecil aku Dan Khalifah kecil dlm rahim aku ni.

Oh ya klu ada yang bertanya mengenai mak mertua aku. Mak mertua aku ni jenis yang tak amek peduli pun pasal menantu. Dulu masa pantang dia just datang melawat untuk jumpa suami aku ja. TAK de nye dia nk jenguk menantu n cucu dia ni. Masa dalam pantang dulu, mak mertua aku selalu paksa suami aku balik dok rumah dia n tinggalkan aku berpantang kt rumah mak aku. Alasan dia, org dalam pantang tak boleh tido bersama. Rasa nak carut je aku masa tu. Tp nasib baik suami aku ni ada akal. TAK tinggal kan aku sorang2. Eh banyak lg la yang menampakkan kehadiran aku ni mcm tak wujud je dekat mata mak mertua aku. So jangan la korang tertanya tanya kenapa aku tak stay dengan mak mertua aku. Sekian.