Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dia tak ‘follow’ saya di Instagram! Che ta bidas Dr Halina

 

PELAKON, Rozita Che Wan, 46, membuka mulut mengenai komen oleh seorang doktor yang juga isteri kepada angkasawan negara, Dr Halina Mohd Yunos di Instagramnya, yang mempertikai cara pemakaiannya ketika membuat lawatan ke Hospital Sungai Buloh baru-baru ini, yang boleh menyebabkan kuman merebak.

Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, dia sendiri pun terkejut kerana dia tidak memakai baju berbulu seperti yang ditulis oleh doktor itu dalam ruangan komen.

“Dia tak ‘follow’ saya di Instagram, tapi sempat juga dia tulis komen di gambar yang saya kongsikan. Pada waktu itu, saya dijemput oleh pihak hospital untuk melawat dan meraikan pesakit mereka.

“Saya tak pakai pun baju berbulu. Kenapa nak kena pakai baju berbulu? Suhu di hospital pun bukannya -10 darjah Celsius pun. Jadi, saya pakai baju sequin yang berjurai dan biasa saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia bergambar bersama pesakit dan duduk di atas katil kerana permintaan pesakit sendiri.

“Bila pesakit minta untuk bergambar bersama, dia menjemput saya untuk duduk di katil di sebelahnya. Saya hormat permintaan mereka. Takkan saya suka-suka hati nak duduk atas katil orang,” katanya.

Rozita berkata, sekiranya doktor itu ingin menegur pihak hospital supaya mereka mengambil tindakan atau apa, dia boleh merujuk terus kepada pihak terbabit.

“Lain kali, kalau nak komen atau tak puas hati, tuju terus kepada hospital. Bukan tulis di Instagram saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia membalas komen doktor itu di Instagram, Rozita memberitahu dia tidak membalas.

“Tak perlu,” katanya.

Hari ini pula, Rozita akan ke Hospital Serdang untuk menghadiri majlis berbuka puasa serta melawat pesakit di beberapa wad.

“Hari ini, saya dijemput oleh Hospital Serdang untuk berbuka puasa dan melawat pesakit. Pihak hospital tentunya sudah merujuk kepada pesakit terlebih dulu sama ada mereka bersedia menerima pelawat atau tidak.

“Jadi, saya akan melawat beberapa wad antaranya wad kanak-kanak, bagi meraikan pesakit di sana,” katanya.

 

 

 

TREDING

Video : Kononnya menggoda tapi tetek silap ejas!

Video : gesel kem*luan belakang wanita di bazar ramadhan

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM