Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ini jawapan balas Mahathir bila Anwar kata PH hilang populariti

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad percaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan menjadi medan sebenar bagi rakyat menilai kerajaan pimpinannya.

“Kita bila jadi kerajaan, kita harus menjangka untuk dikritik dan hilang populariti.

“Bagaimanapun, pilihan raya berbeza. Semasa pilihan raya, pengundi akan membuat penilaian yang sewajarnya mengenai siapa yang sesuai untuk mentadbir.

“PRU15 lama lagi. Dalam masa itu kita akan lakukan lebih banyak perkara,” katanya di Putrajaya petang ini.

Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Mahathir dan kerajaan merosot sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

Kajian itu mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad manakala hanya 39 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran PH.

Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa sokongan kepada kerajaan merosot kerana dilihat tunduk kepada golongan elit bandar, Mahathir tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Itu dia punya opinion (pandangan). Dia berhak mempunyai pandangan, saya ada pandangan saya sendiri,” kata Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jam sebelum ini menyokong pendapat Anwar dengan mengatakan kerajaan kini dipandu oleh mereka yang berada dalam keselesaan.

Wan Saiful berkata, kumpulan ini yang digelarnya sebagai “Busa Bangsar,” hanya memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi berbanding isu-isu melibatkan rakyat terbanyak seperti kos sara hidup.

Namun beberapa pihak seperti bekas anggota parlimen PKR, N Surendran menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan pembaharuan institusi bukan merupakan isu elit dan turut memberi kesan kepada golongan miskin.

 

 

Treding kini!

Punai betullah! inilah menteri yang nak jahanamkan artis-artis tempatan! Awie sound Syed Siddiq

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM

Ketua polis terkejut Acap hilang di Gopeng ditemui di johor?

Video : Majlis perkahwinan dihiasi tarian berah! gadis separuh bog*l