Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

“Kalau masuk hutan,nampak kawan jalan laju,panggil 3x.Kalau tak jawab,jangan….”seram

 

“Kalau masuk hutan,nampak kawan jalan laju,panggil 3x.Kalau tak jawab,jangan….”

 

Sebut saja “#hutan”, kita sendiri sudah mampu menggambarkan keadaan di dalamnya. Sunyi, gelap dan yang paling kita takutkan ialah binatang buas yang boleh datang menerjah kita dari mana-mana arah sekalipun.

Buat mereka yang menggemari aktiviti camping, jungle trekking mahupun hiking, pastinya anda mempunyai banyak pengalaman sewaktu berada di kawasan seperti ini. Tetapi pernah atau tidak anda terdengar bunyi-bunyi pelik seperti suara perempuan mengaji di tengah-tengah hutan?

Seorang pengguna Twitter, Dr. SiD²³ baru-baru ini berkongsi pengalaman dan juga petua-petua masuk hutan menerusi beberapa siri tweet.

Dia yang bekerja sebagai renjer hutan satu ketika dulu itu dalam tweetnya ada berpesan supaya jangan cakap besar, jaga mulut, dan baca doa sebelum masuk hutan.

So hari ni nak share pengalaman masa camping kat hutan keliring. Sempadan Endau/Rompin. Masa ni dapat maklumat ada pemburu masuk hutan.

Kami bertolak jam 0630. Sampai lebih kurang jam 0820. Naik motor dan bawa peralatan camping sekali. Kami berlima, 3 motor 1 Hilux. Jalan masuk kami laluan kawasan perkampungan dengan laluan balak lama. Lupa kampung apa. Tapi nak bawa aku ingat lagi jalan.

Dapat maklumat dan gambar dari camera trap kami pasang ada 5 orang pemburu dan 2 ekor anjing buru masuk hutan tu. Pemburu haram. Kawasan tu cantik. Tenang je. Kami jumpa tapak khemah lama pemburu. Jadi kami pun berkhemah kat situ. 100 mete dari sungai.

Petang tu lepas siap pasang khemah semua. Kami bagi tugas. 3 pergi meronda and pasang camera baru. 2 lagi duduk base camp. Aku duduk base. Masa nak dekat maghrib tu,aku dah sesiapkan barang nak masak. Ayam masak kicap.

Then bila dah jam 1915 tu,keadaan dah gelap. Cuma diterangi cahaya unggun api. Masa aku tengah masak. Aku terbau wangi. Tapi aku diam je,

Tak lama lepas tu aku dengar suara budak ketawa dan suara perempuan mengaji. Tengah-tengah hutan orang mengaji. Aku pun keluar phone aku. amik gambar sekeliling tapak khemah kami. Lebih kurang macam ni khemah kami. Cuma pakai camp bed (contoh gambar)

Tak lama lepas tu. Team yang pasang camera tu pun balik untuk makan. Jam lebih kurang 1940. Masa kami tengah makan. Tetibe salah seorang team pasang camera tu bersuara ” ada dengar perempuan mengaji tak and bau wangi? “

Aku dgn yang masak tadi diam jelah malas nak cakap. Tak lama lepas tu team tadi keluar semula check camera. Tinggal aku berdua. Masa aku tengah belek2 gambar aku snap tadi. Nampak satu lembaga perempuan kat belakang kawan aku. Masa tu dia tengah baring kat hammock.Aku tunjuk dia. Dia pun tanya bila amik. Aku cakap masa dengar suara orang ketawa, Gambar tu ada lagi kat phone lama aku.

Then masuk hutan kat Johor. Lokasi rahsia. Dapat makluat ada pemburu cari harimau. Jumpa foot print ibu dgn anak harimau. Sepanjang aku masuk tu. Aku tak sedap hati. Nampak banyak lembaga hitam asyik terjah ke aku. Sampai aku mengelak. Kawan belakang aku dah pelik. Tapi dia diam je tak cakapa apa. Aku suruh dia lead pulak sebab tak tahan kena kacau. Masa tu hutan tu sunyi dia lain macam. Luar biasa sunyi.

Macam takda penghuni langsung. Angin semua takda.Aku dah syak ada benda tak kena. Aku ajak rehat kat satu kawasan lapang. Laluan balak lama. Then masa dia buka cerita, ” kau ada dengar apa2?” Dia berbisik. Aku cakap jelah dengar juga. Suara budak ketawa sebelah aku, ada kelibat. Aku bagitau kenpa aku asyik mengelak je and suruh dia lead, sebab tak tahan kena kacau, Dia pun cerita. Masa dia jalan belakang aku. Dia kena juga,perempuan panggil nama dia and tarik beg dia. Dahlah kami berdua je, Hutan pulak sunyi lain macam.

Aku tak cerita pasal aku nampak satu rumah lama. Macam istana lama. Besar gila,dalam hutan,cantik. Aku tau kami dah hampir2 lalu kampung bunian. Pasal tu aku ajak dia berhenti dlu. Takut nanti sesat tempat lain. Kami sampai lokasi kordinat yang kami dapat. Ada anak sungai,jumpa perangkat lama dgn tapak khemah pemburu. Kami musnahkan. Terus lari.

Masa lari tu,terserempak dgn ular tedung. Besar nak mampus.Warna kuning emas. Tapi dia tak attack Dia cuma kembangkan kepala. Dia diri je dah tingggi paras pinggang aku. Punya besar ular tu.

Masa nak keluar ,lalu tapak khemah lama pembalak. Kat situ lah kena kacau. Ada perempuan tengah duduk atas batu tepi sungai. Tapi dia tak tengok kami. Dia membelakangkan kami. Kami berdua nampak. 3 hari juga demam panas. Tu belum kes kena santau dgn orang asli. Tapi bukan santau matilah . Santau amaran.

Tips nak camping dalam hutan.

Cari yang berdekatan dgn sumber air. Jangan dekat sungai sangat. Turun kepala, sadaqallahul azim lah kau.
Bawa serbuk belerang untuk halau serangga,binatang kecil. Tabur disekeliling khemah. Khemah pulak nak pasang cari yang takda kanopi.
Kalau beruang datang, buat bunyi bising. hang jangan gelabah . Buat bunyi bisng. Pasang lagu Aiman Tino ke, nanti dia lari.
Kalau nampak kawan jalan laju,panggil 3 kali. Kalu hang tengah jalan dalam hutan/hiking, tetibe nampak kawan hang jalan laju je. Panggil dia 3x. Kalau dia tak jawab,jangan ikut dia. Biasa orang sesat ni dia nampak kawan dia jalan laju je tak tunggu orang. Dia pun pi ikut. Tau2 sesat , kawan entah kemana. Kadang2 “dia” ngusik.
Kalau dengar bunyi pelik,jangan gatal tegur bunyi apa tu. Tetibe 3 pagi tu terjaga. And terus aku tengok tingkap. Ada perempuan baju putih tengah tengok. Demam terus aku.
Pengalaman sesat kat Hutan Kota Tinggi. Maghrib masa biasa benda GPS kena kacau. Tak jumpa jalan keluar. Sesat sampai satu gua ni.Pusing-pusing jumpa tempat sama. Gua tu besar gila,gelap yang jenis kalau ko masuk pun hati kau gelap. Aku tak masuk gua tu. Tak berani. Masa sesat ni. Jangan gelabah,kau relax. Baca ayat kursi dan azan. Insya Allah jumpa jalan keluar.
Kena pandai bezakan bunyi sunyi hutan dengan ‘sunyi betul’. Kau kalau masuk dalam hutan tetibe sunyi dia lain macam. Kau jgnlah berlagak cakap besar ke apa. Kau boleh beza sunyi hutan dgn sunyi lain mcm. Sunyi hutan masih bunyi daun,penghuni hutan, Kalau sunyi lain macam ,kau takkan dengar apa-apa. Sunyi yang betul2 sunyi.
Sumber: says.com

PENGIKLANAN BERBAYAR!

Rahsia buat duit ribuan ringgit dengan shoppee!!

pernahkah anda beli barang di shopee?

Tahukah anda shoppee merupakan lubuk buat duit paling popular di Malaysia?

50 usahawan beep diperlukan!

# Mendedahkan teknik rahsia jana pendapatan di Shoppee seumur hidup
#Membekal Lebih dari 100 ribu produk untuk anda jual di shoppee, lazada, ebay
#modal yg kecil tapi komisyen yang besar
#tak perlu pening fikirkan pakaging barang
#tak perlu fikir tentang penghantaran
#komisyen pasif dari agent secara harian dan bulanan seumur hidup
#kelas dan latihan di diberikan step by step dari A-Z hingga boleh menguasai teknik

Penerangan adalah PERCUMA!!

PELUANG INI HANYA TERBUKA UNTUK WARGA SELANGOR DAN KL SAHAJA

Hubungi
Wasap.my/601136239413

atau korang boleh JOIN GROUP WHATSAPP KLIK DI SINI –> https://chat.whatsapp.com/LwN1SuGr5Ss3Fz9M4yKCaa

 

BERMINAT NAK IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI BLOG KAMI? PENGUNJUNG HARIAN 50,000- 500,000 SILA PM KAMI DI FACEBOOK https://www.facebook.com/dnews.fun/messenger