Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kisah cinta Suprapto dengan jin bernama Sri Wahyuningsih-kisah seram

 

 

Kisah cinta Suprapto dengan jin bernama Sri Wahyuningsih

Hmm susah jugak aku nak cakap macam mana..cinta itu buta kan, tapi jangan sampai diri jadi merana kerana cinta yang tak pasti..ehh giteww..

Kat Indonesia segala2nya bisa aja terjadi dong..sedangkan berborak dengan pontianak pun boleh cool2, relek2 je, apatah lagi bercinta dengan jin atau pun hantu..segalanya mungkin?? Tapi bagaimana nak snap photo bersama2 time kahwin nanti? Begitulah terjadinya kepada seorang pemuda malang bernama Suprapto yang berasal dari Sragen Indonesia.

Memang tak dinafikan jin, orang bunian tu ada dimana2 kat Malaysia pun banyak kes orang hilang sebab bercinta dengan alam lain. Tapi pada bro Sup dia frust kerana time nak masuk meminang tup tup perempuan tu sebenarnya tak wujud di alam nyata tetapi hanya ada di alam ghaib. Musnah harapan Sup untuk menjadi lelaki sebenar di alam nyata.

Eh..Apa kes ni?

Menariknya, kisah cinta jin dan persahabatan manusia bukan hanya dalam filem, dalam kehidupan sebenar pun ada sampai dikatakan boleh mengham11lkan jin..bila masa dorang ‘bekerja’ pun tak tahulah..

Seperti cerita Suprapto lelaki dari kampung Karanganyar Sragen ni, boleh aku ringkaskan macam ni jalan ceritanya:

Berkenalan kemudian jatuh cinta dengan Sri Wahyuningsih

Suprapto [gambar] dan Sri pertama kali bertemu di pasar malam berhampiran Lalung, Karanganyar. Pada masa itu Suprapto rasa bosan dan dia pun keluar lah jalan2 ke pasar malam kerana jarak antara rumah dan pasar malam dekat je, hanya 7 minit. Walau bagaimanapun, seolah-olah dah nak dijadikan cerita, Suprapto bertemu Sri Wahyuningsih ketika wanita itu juga berjalan2 di sekitar pasar. Melihat wajah cantik Sri dan kata-katanya yang lembut menegur, Suprapto segera jatuh cinta dengan wanita itu.

Mereka Couple tetapi keadaannya pelik amat..

Hubungan antara Suprapto dan Sri, yang pada awalnya hanya bertemu di pasar malam, terus berlanjutan menjadi tahap yang lebih serius, iaitu berdating maa. Satu tahun bercouple, dan kedua-duanya sering berjumpa dan berborak2 melalui telefon bimbit. Yang paling bestnya ibu bapa Suprapto juga sering bercakap video call dengan Sri melalui telefon. Tetapi apa yang peliknya hanya Sri saja boleh menghubungi Suprapto bila dia mahu. Jika Supprapti cuba hubungi sendiri wanita tu memang tak kan dapat2. Jika mereka berjalan sama pun menaiki kenderaan seperti motor, dia tidak pernah membonceng sebaliknya Sri sendiri akan bawa motor itu. Dahsyat..Tapi kerana sayang, Suprapto tak kisah sangat hal tu. Dia lagi happy dapat peluk pinggang Sri yang ramping alami tu.

Pengakuan ibu Suprapto mengenai Sri Wahyuningsih

Ibu Suprapto [gambar] Dalam perbualan telefon, Yatiyem, pernah bertanya mengapa Sri yang cantik tu begitu tertarik kepada anaknya yang hanya lulusan sekolah rendah, miskin dan tak hensem pulak tu..? Dan jawapan Sri sangat menakjubkan, dia jatuh cinta kerana Suprapto tidak merokok, innocent, dan tidak minum minuman keras, dan mempunyai sikap yang tenang dan baik. Ciri2 ni selalunya orang bunian je suka kannn??Tetapi ibu nya hanya diam je..dia malas nak fikir benda2 buruk dan negatif. Apa yang baik untuk anaknya dia redho je.

Sri Wahyuningsih mengandung dan Suprapto nekad mahu berkahwin dengannya

Suatu hari, Sri beritahu yang dirinya mengndung. Pada masa yang sama, Suprapto mengaku yang dia pernah meniduri Sri berkali2 seperti suami isteri.
Oleh kerana terperanjat dengan berita itu,
Suprapto mengajak Sri berjumpa bidan bagi memeriksa kesahihan kndungannya tu. Apabila diperiksa, memang betul, Sri sudah hami11l 3 bulan. Kerana dah mengndung anak luar nikah, dan tak nak keluarganya rasa malu, Suprapto mengajak ibubapanya meminang Sri. Apabila mereka kerumah Sri berdasarkan alamat yang diberikannya tu, ternyata itu bukanlah rumah tetapi akar2 berselirat dibawah sebuah pokok berhampiran kawasan Lalung. Mereka sekeluarga kemudian bingung.

Jadi siapa sebenarnya Sri Wahyuningsih? Yang pernah berjumpa dengan Sri hanya Suprapto dan bidan kampung sahaja!

Suprapto kemudian dianggap gila apabila bidan yang dijumpai oleh kedua pasangan itu pada malam pemeriksaan kandungan yang bernama Minastri Parjo, mengakui bahawa dia sebenarnya tidak pernah memeriksa pesakit atau wanita yang bernama Sri Wahyuningsih. Dan dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Suprapto pun. Jadi siapa bidan yang bertemu Suprapto malam tu?

Misteri asal usul pokok besar tempat tingal Sri Wahyuningsih,

Bertambah bingung Suprapto bila wanita yang dicintainya tu ghaib macam tu je. Apa yang diceritakan oleh orang2 tua daerah tu, apa yang dimiliki oleh Sri Wahyuningsih sememangnya sesuatu kuasa ajaib tersendiri. Yelah keturunan jin kan jadi dia mampu menyesatkan manusia sesuka hatinya.

Alamat yang dikirimkan kepada Suprapto itu yang dimana pokok besar tu adalah bekas telaga lama yang kononnya di bawahnya tu dianggap mempunyai penduduk2 yang terdiri daripada keturunan (jin). Telaga yang berhampiran dengan Wadung Lalung itu juga dikaitkan dengan Nyai Dewi Sri, isteri Kyai Sekar Gadung Kenongo, yang kononnya pernah hidup 900 tahun yang lalu.

Walaupun tak tahu apa kaitan cinta mereka ni dengan Dewi Sri yang hidup 900 tahun lalu tu tapi kisah mereka ni perlu dijadikan pengajaran ye bagi kita semua untuk tidak berkenalan sesuka hati, main redah je anak dara orang..cantik sikit je kau nak sailang..kalau dah cantik tak da boifren tu confirm2 lah bunian.tak pun bohsiak..melainkan cantik makeup 6 inci…ehh giteww.

Jadinya berhati2lah apabila berkawan..berkawan dengan jin..bingung blurr jadinya nanti..tambah2 lagi bila kau dah pernah main dengan jin tu hari2….maunya gila meroyan bila teringat balik detik2 tu..astagfirullahhalajimm..

Sumber: Bombastis