Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

kisah seram roh merayau menganggu staff nurse di hospital ipoh…

 

Dalam 1 pagi “Mana bilik saya”. Dekat wad kanak-kanak, Tiba-tiba trnampak seorang pesakit berdiri depan pintu ward dengan muka yang sangat pelik dan lemah.

Nama aku Farid dan aku bertugas sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Ipoh. Sebagai jururawat, waktu kerja aku tidak mengira masa. Adakala aku bekerja di sebelah siang, adakala aku bekerja di sebelah malam. Tapi tidak kira sama ada siang atau malam, sama saja sibuknya. Bila bekerja di hospital ni, memang normallah kalau ada orang tanya, “Tak pernah jumpa hantu ke?”

Heh… Sepanjang aku bekerja sebagai jururawat di hospital ni selama 10 tahun, memang aku tak pernah jumpa satu hantu pun. Sehinggalah satu masa ni. Masa tu aku ditugaskan untuk menjaga wad kanak-kanak untuk syif malam.

Menjaga wad kanak-kanak ni tidaklah susah sangat pun sebab bila budak-budak ni meragam, kebiasaannya akan dilayan oleh ibu atau bapa mereka yang menemani. Cuma bila diperlukan bantuan, barulah jururawat akan tolong. Jaga wad orang dewasa leceh sikitlah sebab orang dewasa ni ragam mereka memang lain macam. Sudah berusia, tapi bila sakit, perangai jadi macam budak-budak.

Tapi nak buat macam, aku ni bekerja sebagai jururawat, kena sabar sajalah. Jadi, masa aku tengah bertugas di wad kanak-kanak tu, tiba-tiba aku perasan ada seorang budak sedang duduk di atas katil. Jam sudah menunjukkan pkul 1.00 pagi tapi budak tu masih belum tidur.

Kemudian, aku dapati yang disisinya tiada penjaga sama ada ibu atau bapanya. Hurm, pelik juga ni. Jadi, aku pun bergeraklah ke katil budak tu untuk bertanya. “Dik, kenapa tak tidur lagi dik?” Tanya aku apabila sampai di katil budak tu.

“Tadi dah tidur bang, tapi tiba-tiba terjaga pula,” balas budak tu. “Ooo… tapi, mana mak atau ayah adik? Diorang tak jaga adik ke malam ni?” “Ada. Tapi mak pergi ke toilet kejap. Ha, itu pun mak,” kata budak tu sambil menuding jari ke arah emak dia.

Melihat emak kepada budak tu, aku pun senyum bila dia memandang ke arah aku. “Kenapa encik? Ada apa-apa jadi pada anak saya ke?” Tanya emak budak tu bila dia sampai di katil anak dia. “Eh, tak ada lah puan. Saya datang tengok dia sebab tengok dia tengah duduk atas katil. Tu tanya kenapa tak tidur lagi,” balas aku.

“Dia memang macam ni encik. Kadang-kadang memang bangun tengah malam.” Sebaik sahaja emak budak tu memberi penjelasan, tiba-tiba anaknya bersuara. “Mak, siapa yang ikut belakang mak tadi?

“Belakang mak? Mana ada siapa-siapa pun Alif,” balas emaknya. “Habis tu, yang berhenti kat luar pintu wad tu siapa?” Tanya anaknya lagi sambil menunjuk ke arah seseorang yang berdiri di luar pintu wad. Aku dan emak budak tu sama-sama melihat ke arah yang ditunjukkan. Ternyata, memang ada seseorang yang berdiri di depan pintu. Cuma, wajahnya menghadap ke depan.

“Takpe puan. Biar saya uruskan pesakit di luar tu.Puan dan Alif tidurlah ye,” kata aku kepada si emak dan anaknya. Mereka berdua mengangguk dan kemudian terus berbaring di tempat masing-masing. Si anak di atas katil, manakala si emak di atas kerusi malas.

Aku pula terus bergerak ke arah pintu, tempat di mana berdirinya seorang pesakit yang aku tak tahu dari mana datangnya. Jika melihat dari ketinggiannya, nampaknya pesakit ni bukan dari wad kanak-kanak. Ini mesti dari wad orang dewasa.

Sebaik sahaja aku berada di belakang pesakit tu, aku terus menepuk bahunya dan berkata, “Encik. Encik cari siapa?” Saat pesakit itu menoleh memandang aku, tiba-tiba aku terasa macam bulu roma aku meremang. Ish, apahal pula ni?

Melihat wajah pesakit lelaki tu, aku tengok kulitnya agak pucat, rambutnya pula serabai dan matanya kemerah-merahan. Dia cuma memandang aku atas dan bawah tanpa menjawab soalan aku tadi. “Encik, encik cari siapa?” Aku mengulangi soalan aku semula.

Beberapa saat kemudian dia menjawab, tapi dengan suara yang sangat perlahan, “Saya tak jumpa bilik saya cik.” “Tak jumpa bilik? Encik memang tak ingat langsung ke encik dari bilik mana?” Aku bertanya lagi untuk kepastian.

Pesakit itu cuma menggeleng kepala. “Tingkat berapa ingat tak?” Dia geleng kepala lagi. Aduh! Macam mana aku nak tolong ni? Dia pun tak tahu di mana bilik dan tingkatnya. Kemudian aku berkata kepadanya, “Takpelah encik. Encik tunggu sini kejap, saya pergi call orang yang berkenaan untuk bantu hal ini.”

Pesakit itu mengangguk. Aku pun terus bergerak ke meja utama untuk buat panggilan bagi bertanya sama ada ada tak mana-mana wad yang kehilangan pesakit. Sebenarnya, ini bukan kes pertama pun yang terjadi di mana pesakit terlupa biliknya. Biasalah orang sakit yang makan ubat ni, kadangkala mereka boleh jadi mamai sehingga terlupa nak balik bilik sendiri.

Bila aku sampai je kat meja utama, masa aku nak angkat gagang telefon, rakan sekerja aku menegur, “Nak call siapa tu Farid?” Aku menoleh ke arahnya, seraya menjawab, “Nak call pusat kejap. Nak tanya pasal ada tak wad yang kehilangan pesakit.”

“Hilang pesakit? Pesakit mana?” Tanya kawan aku. “Tu, yang ada depan pintu tu.” Kata aku tanpa menunjuk ke arah pintu. Kawan aku pun terus memandang ke arah pintu dan kemudian memandang aku semula dengan wajah kehairanan.

“Kenapa kau tengok aku semacam ni?” Tanya aku. “Kau biar betul ada orang depan pintu tadi?” “Betullah. Aku siap sembang kot dengan pesakit tu, tanya dia duduk bilik mana, tapi dia tak tau.” “Tapi masalahnya, tak ada orang pun kat situ.”

Saat itu, aku berhenti mendail dan mata aku terus memandang ke arah pintu. Ah sudah! Mana hilang pesakit tu? Dah balik ke?

Pap! Bahu aku ditepuk oleh kawan aku. “Woi! Berangan apa? Mana pesakit tu? Tak nampak siapa-siapa pun.” Kata kawan aku. “Betul weh. Memang ada pesakit kat situ. Aku siap cakap dengan dia tadi.” Balas aku seraya peluh dingin mula membasahi dahi.

“Kalau ada, mesti ada depan pintu tu.” “Kejap, kejap.” Aku meninggalkan kaunter dan terus melangkah pantas ke arah pintu. Aku melihat sekeliling dan ternyata, pesakit tadi dah hilang. Di dalam fikiran aku berlegar-legar soalan yang sama iaitu pesakit tu dah balik bilik ke?

Kemudian aku memandang kawan aku yang masih di kaunter, dia memberi isyarat seperti bertanya, “Ada orang tak?” Aku cuma membalas dengan menggelengkan kepala. Masa tu, bulu roma aku meremang sekali lagi. Rasa takut mula menguasai diri.

Siapa sebenarnya yang datang tadi dan bercakap dengan aku? Ke mana pesakit tu dah hilang? Dia dah balik ke bilik ke? Kehadiran pesakit itu dan persoalan-persoalan itu bermain-main di dalam fikiran aku sehinggalah ke waktu untuk aku tamatkan syif malam.

Semasa aku sedang berjalan menuju ke arah motor aku untuk pulang, aku terlanggar kawan aku. “Woi!” Jerit Samad. “Eh. Maaf Samad, maaf.” “Kau ni, menonong je jalan. Tak tengok depan ke? Habis jatuh fail-fail aku.”

Lalu aku pun terus tunduk dan membantu Samad mengutip fail-failnya yang berserakan di atas lantai. Setelah aku mengutip semuanya dan saat aku ingin serahkan kepada Samad, aku ternampak sesuatu yang aku pernah nampak sebelum ni.

“Woi, kau nak bagi fail aku ke tak ni?” Jerkahan Samad mengejutkan lamunan aku. “Samad, kau tau ke pesakit ni?” Tanya aku sambil menunjuk kepada sekeping gambar. “Tau lah. Kenapa?” “Ada kat mana dia sekarang?”

“Kat motuari. Apahal?” “Motuari? Bila dia mennggal dunia Samad?” Masa ni, jantung aku sudah mula berdegup kencang. “Semalam, pkul 12 malam.” “Se, se, serius ke Samad?” “Serius lah. Kau apahal tanya banyak sangat ni Farid, kau kenal dia ke?”

“A, a, aku nampak dia semalam kat wad kanak-kanak, siap bersembang lagi. Tapi masa tu dah pkul 1 pagi. Kalau kau cakap dia dah mennggal dunia pkul 12 malam, habis tu dengan siapa aku bersembang semalam Samad?” Peluh-peluh dingin membasahi dahi aku lagi. Jantung semakin berdegup kencang sampai rasa nak pecah. Rasa takut mula menjadi perasaan yang paling banyak menguasai diri.

Akhirnya, setelah 10 tahun menjadi jururawat di hospital di Ipoh, inilah kali pertama aku diganggu. Aku tak tahu apakah bentuk gangguan yang bakal aku hadapi lagi selepas ini, tapi aku berharap aku dijauhkan daripada insiden sama seperti ini.

Bukannya apa, dek kerana kejadian ini, aku demam 3 hari. Mana taknya, orang tu dah mati, tapi aku siap boleh bersembang lagi dengannya. Sah-sah bukan orang yang aku jumpa malam tu! Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya.

PENGIKLANAN BERBAYAR!

Rahsia buat duit ribuan ringgit dengan shoppee!!

pernahkah anda beli barang di shopee?

Tahukah anda shoppee merupakan lubuk buat duit paling popular di Malaysia?

50 usahawan beep diperlukan!

# Mendedahkan teknik rahsia jana pendapatan di Shoppee seumur hidup
#Membekal Lebih dari 100 ribu produk untuk anda jual di shoppee, lazada, ebay
#modal yg kecil tapi komisyen yang besar
#tak perlu pening fikirkan pakaging barang
#tak perlu fikir tentang penghantaran
#komisyen pasif dari agent secara harian dan bulanan seumur hidup
#kelas dan latihan di diberikan step by step dari A-Z hingga boleh menguasai teknik

Penerangan adalah PERCUMA!!

PELUANG INI HANYA TERBUKA UNTUK WARGA SELANGOR DAN KL SAHAJA

Hubungi
Wasap.my/601136239413

atau korang boleh JOIN GROUP WHATSAPP KLIK DI SINI –> https://chat.whatsapp.com/LwN1SuGr5Ss3Fz9M4yKCaa

 

BERMINAT NAK IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI BLOG KAMI? PENGUNJUNG HARIAN 50,000- 500,000 SILA PM KAMI DI FACEBOOK https://www.facebook.com/dnews.fun/messenger