Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

M-ut mulut berbuih, 3 sekeluarga dijumpai tidak sedarkan diri dalam kereta

 

M-ut mulut berbuih, 3 sekeluarga dijumpai tidak sedarkan diri dalam kereta

RIAU: Tiga sekeluarga ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka Sabtu lalu.

Dalam kejadian di pekarangan sebuah masjid di Riau itu, dua daripada mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu dan penumpang, manakala seorang lagi di kerusi penumpang bahagian belakang.

Ketika kejadian, enjin kenderaan mangsa masih hidup dengan pendingin hawa berfungsi manakala cermin kereta tertutup rapat.

Menurut laporan portal berita Liputan 6, kejadian itu mencetuskan kekecohan apabila orang awam yang berada di sekitar Masjid At Taqwa Kampar mendapati keluarga itu tidak memberi respon apabila cermin kereta keluarga itu diketuk.

Usaha menyelamat telah dilakukan namun pihak berkuasa memaklumkan seorang mangsa disahkan mennggal dunia.

Ketiga-tiga mangsa dari Pekanbaru yang dilaporkan singgah untuk berehat di pekarangan masjid itu pengsan akibat terhidu gas bocor menerusi ruang pendingin hawa.

Menurut polis, dua mangsa yang lemas dikenali sebagai Farid dan Novrianti telah dibawa ke hospital terdekat.

“Pasangan suami isteri itu dikhabarkan masih dirawat Unit Rwatan Rapi (ICU).

“Sementara mangsa yang mennggal dunia bernama Faris Alfarab, 14, di tempat duduk belakang ditemui dengan kesan mulut berbuih,” kata Deni. ng/videos/340230363282076

kisah ke2

Kereta bukan sahaja kenderaan yang kita gunakan untuk perjalanan dari point A ke point B. Ia adalah tempat untuk kita menikmati muzik, berehat, bersenang-senang dan kadang-kadang tidur.

Dengan aircond yang sejuk terpasang, ditemani dengan kesunyian dan jauh daripada bunyi bising di luar, suasana dalam kereta sememangnya ideal untuk kita mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak.

Tapi, tahu tak sebenarnya yang kita boleh mat1i?

Ya, kita boleh ma1ti dalam masa kurang daripada sejam!

Siapa-siapa yang mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimati1kan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemati1an dalam kereta kita sendiri iaitu:
1. Masalah kebocoran ekzos

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.
2. Peningkatan karbon monoksida

Pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
3. Penurunan paras oksigen dalam darah

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
4. Kalau tingkap dibuka?

Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?

Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Doktor telah menasihati pemandu untuk tidur di dalam kereta apabila keadaan kecemasan SAHAJA

Dan walaupun kita terjaga, kita sepatutnya berehat dengan keluar daripada kereta ketika memandu untuk jangka masa yang lama.

Aircond yang berfungsi dengan baik juga penting untuk perjalanan yang selamat. Dinasihatkan supaya pemilik kereta memeriksa aircond setiap enam bulan.

Sumber: Goody Feed | Drive Spark