Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pedih telingga! padah tegur pelawak popular Azlee dikecam berjemaah

KEMUNCULAN pelawak baharu menjadikan industri hiburan tanah air semakin meriah, namun bukan semua mampu mempersembahkan lawak berkualiti.

Ada juga yang hanya sekadar menyampaikan jenaka kosong untuk dijadikan bahan gelak ketika berada di atas pentas.

Justeru itu, pelawak senior Azlee daripada kumpulan Senario berpendapat mereka perlu memahami konsep lawak dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Kebanyakan pelawak baharu memang hebat, mereka menjadi pelapis pelawak yang sedia ada. Cumanya, saya nak pesan kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain.

“Kita buat lawak kena cekap menggunakan akal fikiran dan ada konsep berkaitan isu semasa. Jangan bahan orang atas pentas sebab ada orang suka tapi ada juga yang menyampah.

“Kalau boleh elak, elakkan… jaga tingkahlaku sebagai pelawak semasa di atas pentas dan di mana sahaja kita berada,” katanya kepada mStar Online.

Azlee ditemui semasa Majlis Perasmian Al Waqar Travel Sdn. Bhd yang diadakan di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor pada Ahad lalu.

Dalam program tersebut, dia turut dilantik menjadi ikon kepada agensi pengurusan umrah tersebut.

Sementara itu, Azlee berkata teguran serta nasihatnya itu bersifat terbuka dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

“Saya tak mengata sesiapa tapi apabila keluar cerita-cerita kurang indah di laman sosial mengenai pelawak bergaduh sesama sendiri, tak eloklah.

“Jangan lukakan hati sesiapa dan melawaklah dengan mesej yang betul,” ujarnya.

 

AZLEE DIKECAM DAN DISINDIR OLEH NETIZEN

NETIZEN SINDIR AZLEE