Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelakon bergelar Dato’ dijel diatas kesalahan mengguna dadah jenis ganja

 

Farid Kamil dipenjara sembilan bulan

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, 38, memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh hari ini sepatutnya tampil untuk membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Oleh Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bh.com.my

 

PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas Farid yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.

Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu.metro

Syedmohd Djjamal Sendiri bikin, sediri tanggung, itu pasai sebelum buat tu ingat anak bini.. nasib ko le beraya dalam jel

Syafiq Jawe WC Esok tajuk depan surat khabar Pelakon bergelar Dato’ dijel 🤣🤣🤣

Kesian bini dia. Lama nk kena tunggu suami keluar jel. Sembilan bln mcm2 blh berlaku. Semoga dia tabah

Nur Amalia Qistina So betul LA…bukn LA sbb stress pi tumbuk orang..

Man Izal Izzul Haq Haaa… Raye kt dlm… Dgr cite kt dlm ad ketupat palat… 😂😂😂

Fazlie Mohd Fadzil pelik juga.. yg mkn dadah drive lawan arus sampai ada kematian lepas bebas.. hmmm

Muhd Amin moga akan menjadi pengajaran yang lain

Hamid Ahmad Anak mat sabun cmna kes senyap je bapak syiah anak penagih dadah duk dalam kerajaan PHancing DAPig haramjaddah

Emma Rieana Klau melayu yg salah mmg cepat je hukuman dn siasatan….
Cer kaum lain tu..bantei org sampai mati tu…
Cehhhhh…..