Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peristiwa 13 Mei mengelirukan rakyat Presiden Gerakan gesa kerajaan PH tubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Kedamaian

KUALA LUMPUR 15 Mei – Gerakan menggesa supaya kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kebenaran dan Kedamaian berhubung peristiwa 13 Mei 1969.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, memandangkan kini kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan (PH) sudah berkuasa, sudah tiba masanya untuk kerajaan menyemak semula kisah-kisah berbeza tentang peristiwa itu yang mengelirukan rakyat.

“Ramai rakyat Malaysia yang meragui versi rasmi tragedi itu dan ini menyebabkan ia dilihat sebagai luka pada jiwa rakyat Malaysia yang tidak pernah sembuh (selain) sering digunakan oleh ahli politik untuk menimbulkan ketakutan dan suasana tidak harmoni.

“Sudah tiba masa untuk kita menghadapinya dengan matang, terbuka dan secara demokratik. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia sudah bersedia melihat kepada keputusan bersejarah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), (maka) kerajaan PH perlu mengambil kira kehendak orang ramai untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Kedamaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dominic, penubuhan suruhanjaya itu akan membantu mendamaikan komuniti yang terlibat selain mendorong mereka menerima kejadian yang telah berlaku.

“Kita berhutang dengan mangsa, mereka yang terselamat dan keluarga mereka untuk terus berusaha menghentikan konflik perkauman dan menjaga keharmonian negara.

“Penubuhan suruhanjaya itu adalah satu simbolik dan permulaan penting buat PH. Ia bukan tentang kaum dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman, rakyat hanya mahukan kebenaran dan kedamaian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

TREDING

Video : Kononnya menggoda tapi tetek silap ejas!

Video : gesel kem*luan belakang wanita di bazar ramadhan

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM