Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

PRK Semenyih: Suka atau tak mereka terpaksa undi PH- Muhyiddin beri peringatan!

PRK SEMENYIH | Sehari sebelum pengundi Semenyih membuat pilihan esok, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata hanya calon parti itu yang dapat memberi khidmat yang diperlukan oleh penduduk di situ, bukannya calon pembangkang.

Sama seperti Dr Mahathir Mohamad semalam, Muhyiddin menjadikan kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan di persekutuan dan negeri sebagai penarik.

“Kerajaan pusat adalah PH, kerajaan negeri juga PH. Jadi dari segi logiknya, takkan pilih pembangkang? Kalau tak suka (PH) pun, mahu tak mahu kena sokong.

“Saya tak percaya calon BN atau calon lain boleh memberi khidmat (deliver). Mereka boleh janji macam-macam tetapi tiada kapasiti untuk berkhidmat.

“Jadi dengan ini saya harap pengundi Semenyih akan sokong kita,” katanya ketika sidang media di bilik gerakan utama PH di Taman Pelangi, Semenyih hari ini.

Semalam, Mahathir yang merupakan pengerusi PH berkata pengundi Semenyih hanya akan mensia-siakan undi mereka jika memilih pembangkang.

Katanya, ini kerana mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat kerana tiada kuasa di peringkat negeri dan persekutuan.

Beberapa tinjauan berkenaan PRK Semenyih tidak menyebelahi PH apabila meramalkan BN akan merampas kembali kerusi DUN itu.

Antaranya oleh badan kaji selidik Ilham Centre dan sebuah agensi kerajaan. Ilham Centre berkata PH memerlukan formula ajaib – peratus keluar mengundi dan aras sokongan sama seperti PRU ke-14 – untuk mengekalkan kemenangan.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak bimbang dan menyifatkan semua pihak masih berpeluang.

“Dua hari ini, sebelum esok hari mengundi, saya anggap masa yang paling kritikal,” katanya.

Menyentuh soal janji manifesto PH yang belum ditunaikan – yang turut dikatakan faktor yang akan mempengaruhi keputusan esok – Muhyiddin sekali lagi meminta rakyat memberi lebih masa kepada PH.

“Itu yang kita tuntut supaya rakyat bagi kita (lebih masa). Saya tak fikir sembilan bulan kita boleh selesaikan semua masalah,” katanya lagi.

Esok, 54,503 pengundi berdaftar di DUN Semenyih akan membuat pilihan antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (Bebas).

 

Treding kini!

Menteri Besar Johor diarahkan letak jawatan

Isu cek Clare: Taktik ‘permainan kotor’ Anwar makan diri

Video : Menteri agama ‘kayu’ Janda melayu semakin melampu

Rupanya Datuk Rameli Musa Yang Tolong Bayar kepada Clare kawan Baik Anwar Ibrahim

aku malu dengan kembar biniku sebab salah tepuk punggg ong mon toknya dekat umah mentua

Gaji minima RM1100 ditetapkan BN terlalu tinggi, Kerajaan PH akan kaji semula – Menteri

Tol Free 11 mlm- 5 pagi : Pengundi kelulusan SRP Semenyih bantai Menteri Ijazah palsu PH

7 Gambar : Anak Pengerusi SPR Yang berbikini S*ksi, bertatu dalam pelukan Mat Salleh

Video : Pergilah tanya pemerintah! ekonomi hancur bawah Kerajaan PH – peniaga pasar malam

Video : tiada hati perut! puak PH buat bising ketika jemaah islam solat asar dalam masjid

Kuliah Agama Zakir Naik dihalang, lebih 8000 orang join pesta maksiat yang diluluskan PH

Hina Nabi : Exco agama Perak beri amaran pada rakyat Malaysia supaya bertenang

Video : Pasangan kekasih berz!na atas bumbung masjid