Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya suka ditegur jika buat silap kata Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak dapat mengelak daripada pertanyaan dirinya seorang pemimpin yang mengamalkan pemerintahan kuku besi, namun katanya beliau amat mengalu-alukan teguran serta maklum balas membina bagi memperbaiki diri.

Pada wawancara khas sempena ulang tahun pertama pentadbiran Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata beliau secara peribadi tidak merasakan sebarang reaksi negatif selain daripada apa yang dilaporkan media yang kritikal.

“Saya suka ditegur di mana saya silap, di mana saya lemah supaya saya dapat memperbetulkan diri saya,” kata Mahathir yang pernah digelar “diktator” oleh pengkritiknya ketika menjadi perdana menteri kali pertama selama 22 tahun.

Pengerusi PH juga berkata beliau tidak ada apa-apa pendirian mengenai ketepatan tinjauan Merdeka Centre pada Mac lalu yang menunjukkan tahap sokongan terhadapnya hanya 46 peratus turun daripada 87 peratus pada Mei tahun lalu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak tahu sama ada ia betul atau tidak betul,” katanya.

Rakyat tak lempar kecaman

Dr Mahathir juga mengambil maklum tinjauan akhir Merdeka Centre sebelum hari mengundi pada PRU14 meramalkan BN mengalahkan PH.

“Tetapi apa yang saya tahu rakyat tidak menyerang saya, tidak melemparkan kecaman kepada saya, kecuali pihak akhbar dan para pengkritik.

“Dan saya menghargai hal itu,” kata beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir juga ditanya mengenai prestasi Bersatu yang diasaskannya memandangkan terdapat dakwaan parti itu telah menjadi Umno 2.0.

“Saya tidak berapa berpuas hati. Keanggotaan kami tidak berapa besar. Kami juga mendapati terdapat beberapa amalan yang tidak baik.

“Contohnya, jika kamu terpilih sebagai ketua bahagian, kamu mungkin tidak mahu orang lain menyertai parti kerana bimbang mereka akan mengambil tempat kamu.

“Jadi lebih bagus kita ada parti Bersatu yang kecil (keanggotaan) sahaja daripada yang Bersatu yang besar

“Jadi kita akan mempunyai jumlah ahli yang kurang dan disebabkan bilangan ahli yang kurang, maka apabila ada pilihan raya kecil, kita tidak mempunyai orang yang cukup untuk bekerja. Kita terpaksa bawa orang dari tempat-tempat lain,” katanya.

Dr Mahathir keluar Umno pada Februari 2016 selepas tidak sehaluan dengan perdana menteri ketik aitu Najib Razak menganai skandal 1MDB dan membentuk Bersatu beberapa bulan kemudian.

Perdana menteri yang berusia 93 tahun ini juga turut mengimbau pengalamannya berkecimpung dalam dunia politik untuk sekian lama, berkata ramai orang lebih mementingkan diri sendiri pada hari ini berbanding masa lalu.

“Ketika kamu menubuhkan Umno dahulu, orang ramai mengeluarkan wang mereka sendiri. Mereka tidak minta duit, mereka tidak minta apa-apa pun.

“Sekarang tiada lagi lah hal-hal sebegitu,” katanya.

Jelasnya lagi, masalah ini bukan terhad kepada partinya sahaja tetapi kepada semua parti-parti lain

 

 

 

Treding kini!

Punai betullah! inilah menteri yang nak jahanamkan artis-artis tempatan! Awie sound Syed Siddiq

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM

Ketua polis terkejut Acap hilang di Gopeng ditemui di johor?

Video : Majlis perkahwinan dihiasi tarian berah! gadis separuh bog*l