Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Saya telah membuat lawatan mengejut ke Parit Jawa bagi menyelami beberapa isu-SADDIQ

 

Pada hari ini, 4 Mei 2019, saya telah membuat lawatan mengejut ke Parit Jawa bagi menyelami beberapa isu yang telah menghimpit keluarga nelayan berpuluh tahun lamanya seperti isu kecurian bot nelayan & pencerobohan bot pukat tunda.

Pencerobohan pukat tunda haram yang telah berlaku hampir 50 tahun ini masih belum diatasi walaupun Fisheries Society Parit Jawa telah merujuk perkara ini kepada Pengarah Perikanan Negeri Johor semenjak tahun 1999.

Pukat tunda haram yang mencerobohi sehingga kawasan Tanjung Tohor pada bila-bila masa ini telah memusnahkan tempat perlindungan dan pembiakan ikan dan membinasakan jaring dan bubu nelayan.

Pencerobohan ini telah berlaku sehingga menghampiri kawasan Bagan antara 3-5 batu nautika dari pantai dan diantara jam 6 pagi hingga 6 petang.

Rata-rata nelayan di Muar masih menghadapi masalah (i) pencerobohan pukat tunda haram, (ii) isu tukun (culvert pembetung konkrit), (iii) dok dan jeti dan (iv) panduan kawasan tangkap ikan di Selat Melaka yang tidak jelas.

Pencerobohan ini telah menjejaskan mata pencarian lebih 1000 keluarga nelayan.

Saya akan berusaha mendapatkan maklum balas dari Pejabat Perikanan Daerah Muar, Persatuan Nelayan dan Pasukan Polis Marin Muar dalam sesi dialog bersama nelayan dalam masa terdekat.

Saya juga akan membawa isu ini ke peringkat atasan untuk perhatian Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, juga Kementerian Pertahanan.

Isu yang telah menjerat lama kumpulan masyarakat ini merupakan satu cabaran buat saya. InshaAllah, saya akan usahakan segalanya yang terbaik demi komuniti nelayan Muar.

#MuoMutiaraJohor

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Qusairy Akil dh bcuti xkan le diorng nk blik kmpg diorg pulak…abis nk jln ktne? Kt bandau le….apa nk pening2.tenaga pkerja tmpatan x mncukupi tu yg blmbk pkerja asing dari zaman jahiliah lgi

Zainal Ab Jalil Menteri rabina spa dia tahu ckp saja lebeh g jalan2 kelaut anak saya pon tahu cerita lebeh x ada kesan hari ini ribut byk pukat tunda ops mlm g lah tengok

Baharuddin Jais Tak payahlah datang melawat. Duduk bawah ketiak atuk lagi bagus

Idah Mahmud Terbaik ke? Selagi x setle masaalah pasal Nelayan ni lum boleh ckp la….tunggu dan lihat perkembangan nya eh

Khairul Anwar Yb x syg kulit kew 2 kn panas2 jepret 2….jgn main pnas yg….