Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

SEORANG penganggur meni1kam imam gara-gara bengang didakwa mengganggu tidurnya

 

Ti1kam imam kerana tidur terganggu

SEORANG penganggur meni1kam imam gara-gara bengang dengan tindakan lelaki terbabit yang didakwa mengganggu tidurnya dengan bacaan al-Quran di Masjid Kampung Apal, Jerteh, pagi tadi.

Akibat perbuatan biadap suspek itu, mangsa berusia 37 tahun yang cedera akibat t1ikaman itu menerima tujuh jahitan di kiri dadanya.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa membaca al-Quran di ruang solat masjid sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

 

Beliau berkata, suspek kemudian menikam dada mangsa menggunakan objek tajam dan melarikan diri sebelum mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang men1inggal dunia kelmarin.

“Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jerteh, suspek berusia 23 tahun ditahan tidak lama kemudian dan kita turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Zamri berkata, hasil soal siasat suspek mengaku men1ikam mangsa menggunakan sebilah pisau kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu tidurnya.

Katanya, siasatan mendapati jarak rumah suspek dan tempat kejadian kira-kira 100 meter dan suspek yang positif methamphetamine turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 2:13 PM

#HarianMetro