Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Setahun memerintah, Ini 7 tuntutan hindraf terbaru pada kerajaan PH

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan hak asasi India menggesa 7 kerusi Parlimen majoriti India diwujudkan bagi menambah suara kaum itu di Dewan Rakyat.

Ketua Umum Hindraf 2.0, P Uthayakumar berkata, mereka tidak berpuas hati dengan dasar “perkauman dan ketuanan” yang menjejaskan kaum India sejak 62 tahun lalu, berterusan.

Katanya, walaupun Hindraf 2.0 mahu melihat politik perkauman dihentikan, permintaan 7 kerusi baru itu dibuat kerana orang Melayu dan Cina tidak membangkitkan isu India, tidak kira mereka dari Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

“Sekarang, suara orang India tidak kuat di Parlimen, pemimpin Melayu dan Cina yang lebih ramai dalam Parlimen tidak mampu membawa suara orang India,” katanya berucap dalam perhimpunan anjuran Hindraf 2.0 sempena setahun pentadbiran Pakatan Harapan di Brickfields yang dihadiri kira-kira 100 orang hari ini.

“Di negara barat, kaum majoriti akan bersuara bagi pihak minoriti. Tetapi di Malaysia, orang Melayu dan Cina yang lebih berkuasa dari segi politik dan ekonomi jarang bersuara bagi orang India.”

Hindraf 2.0 ialah pertubuhan berbeza daripada Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.
P Uthayakumar (tengah) berkata, hanya 1,841 orang India diberikan kewarganegaraan sejak PH berkuasa setahun lalu.

Uthayakumar berkata, cadangan mewujudkan kerusi baru bagi kawasan majoriti India bukan perkara baru kerana negara seperti India, Iraq dan Israel turut mempunyai kawasan pilihan raya didiami kaum minoriti yang ramai.

“Kami meminta kerusi Padang Serai, Batu Kawan, Ipoh Barat, Kota Raja, Port Dickson, Tebrau dan Cameron Highlands dilakukan persempadanan semula dan menjadikan kawasan itu majoriti pengundinya India.

“Ahli Parlimen itu tidak semestinya berbangsa India. Beliau boleh terdiri daripada wakil rakyat Cina atau Melayu, tetapi beliau mewakili kawasan majoriti India dan akan membangkitkan isu yang menjejaskan kaum itu,” katanya sambil menambah jika permintaan itu menjadi realiti, isu kaum India lebih mudah diketengahkan di Parlimen.

Beliau turut membangkitkan isu kewarganegaraan dengan anggaran 350,000 orang India tidak berkerakyatan dan hanya sedikit kemajuan dicapai sejak Pakatan Harapan mentadbir negara setahun lalu.

“Menteri dalam negeri boleh mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menyelesaikan semua isu dihadapi orang tanpa kerakyatan.”

Beliau memetik laporan media yang menyatakan hanya 1,841 orang India diberikan kewarganegaraan sejak PH berkuasa setahun lalu dan ia kurang 1% daripada kaum itu yang masih tidak mempunyai kerakyatan.

sumber : freemalaysiatoday

 

mkan artis-artis tempatan! Awie sound Syed Siddiq

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM

Ketua polis terkejut Acap hilang di Gopeng ditemui di johor?

Video : Majlis perkahwinan dihiasi tarian berah! gadis separuh bog*l