Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sisters in Islam kecam tindakan Jabatan Agama Kelantan kerana ambil tindakan terhadap perempuan seksi & tak sopan

PETALING JAYA: Pertubuhan hak wanita Islam, Sisters in Islam (SIS) hari ini membidas operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) yang menyaksikan berpuluh wanita diberi notis kerana berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan, menyifatkan ia sebagai suatu obsesi yang perlu dihentikan.

SIS dalam satu kenyataan mahu Jaheik menghentikan operasi mengawasi dan memanggil wanita-wanita kerana pakaian mereka, serta membatalkan nama-nama mereka yang diberi notis hadir ke sesi kaunseling.

“Obsesi untuk mengawal pakaian wanita perlu dihentikan. Bukan sahaja ia memalukan dan merendahkan nilai wanita, dorongan kuat untuk mengawal pakaian wanita membayangkan wanita itu cacat dari segi mental, fizikal dan kerohanian dan bahaya kepada moral masyarakat,” katanya.

SIS mengulas laporan New Straits Times hari ini di mana 39 wanita diberi notis kerana berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai di bulan Ramadan dalam suatu operasi yang dijalankan semalam.

Wanita-wanita berkenaan perlu menghadiri sesi kaunseling yang ditetapkan Jaheik, dan jabatan itu akan terus melaksanakan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi menangkap mereka yang menyalahi undang-undang syariah.

SIS menggesa Jaheik mengambil usaha memahami realiti seluruh masyarakat bawah bidang kuasanya, serta penyebab-penyebab sistemik penyakit masyarakat.

“Yang tidak berpunca daripada bagaimana wanita memilih untuk berpakaian,” katanya.

sumber : Freemalaysiatoday

 

bagi menjawab isu tersebut Dr. Ahmad Sanusi Azmi kongsikan penerangan yang panjang tentang isu ini sila baca di bawah

Sister in Islam Membantah Jabatan Agama
============
1. Sisters in Islam (SIS) hari ini membidas operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) yang memberikan notis kepada wanita yang berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan. Mereka menyifatkan ia sebagai suatu obsesi yang perlu dihentikan.

2. Tindakan SIS ini jelas menunjukkan kecelaruan dan kejahilan mereka terhadap dua perkara: (1) Pertama, arahan al-Quran supaya kaum wanita menutup aurat dalam keadaan sempurna. Dan yang (2)Keduanya adalah kewajipan perintah amar makruf dan nahi mungkar.

3. Bagi wanita Muslimah, kewajipan menutup aurat itu adalah arahan yang telah difardukan oleh Allah. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran yang menyebutkan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;” (al-Nur:31)

4. Dalam menghuraikan ayat ini al-Imam Ibn al-Jarir al-Tabari menghuraikan bahawa:

وليلقين خُمُرهنّ، على جيوبهنّ، ليسترن بذلك شعورهنّ وأعناقهن وقُرْطَهُنَّ.

“hendaklah para wanita itu melabuhkan tudung kepala mereka menutup dada-dada mereka supaya tertutup juga dengan itu rambut, tengkuk dan telinga mereka.”

5. Syeikh al-Maraghi turut menghuraikan di dalam tafsirnya yang menyebutkan :

“Wanita pada zaman dahulu menutup kepala mereka dengan khimar (tudung) dan melabuhkan hujung tudung itu ke belakang badan supaya terdedah leher dan dada mereka, seperti kebiasaan zaman Jahiliyyah, lalu mereka dilarang syarak daripada berbuat sebegitu lagi.

6. Ketika turunnya ayat ini, Saidatina Aisyah memuji wanita Muhajirin kerana kesungguhan mereka menutup aurat seperti yang telah diwajibkan oleh Allah. Perkara ini diceritakan oleh oleh beliau sendiri dalam riwayat Abu Daud yang menyebutkan:

يرحم الله نساء المهاجرات الأول لما أنزل الله وليضربن بخمرهن على جيوبهن شققن أكثف مروطهن (نوع من الثياب) فاختمرن بها ” .

“Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yang awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yang diperbuat daripada bulu bebiri) mereka lalu mereka jadikan sebagai tudung.”

7. Perbuatan mempertikaikan apa yang telah diwajibkan oleh syarak adalah perkara yang ditegah oleh agama. Perkara ini dijelaskan oleh artikel yang dinukilkan di laman Mufti Wilayah yang menyebutkan:

Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah berkata: “Jika seorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yang sudah disepakati ke atasnya dan mudah diketahuinya dalam agama, maka dia sudah kafir.” Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233).

8. Dan adalah menjadi kewajipan bagi Jabatan Agama menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar seperti yang telah digariskan al-Quran. Kenyataan yang dikeluarkan oleh SIS ini seakan terbit dari kekeliruan mereka tentang al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

TREDING

Video : Kononnya menggoda tapi tetek silap ejas!

Video : gesel kem*luan belakang wanita di bazar ramadhan

Exco Johor : tak puas hati dengan TSMY, Mahathir ugut letak jawatan PM

Netizen dakwa lagu Siti Nordiana antara punca PH kalah di Rantau

Pukul & pecahkan dara gadis bawah umur netizen dedahkan wajah ‘barua’ berkenaan

7 gambar wanita dirog*l mayat keadaan telanj*ng dicampak celah batu

Lantikan MB Johor : Peguam dedahkan siapa lebih ‘berkuasa’ PM atau Sultan

TMJ Anak raja kurang ajar dan paling bangsat! – Mak cik PPBM