Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Terkini : Semua ahli Parlimen pembangkang letak jawatan

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kesemua ahli Parlimen pembangkang yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Kesemua ahli Parlimen pembangkang itu merangkumi dua dari Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah serta seorang dari Pas iaitu Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Perkara itu disahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu keputusan itu diambil disebabkan kecewa Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan janji manifesto untuk melantik Pengerusi PAC dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee buat masa ini jelas bertentangan dengan janji manifesto kerana Ronald telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kalau diteruskan (Ronald sebagai Pengerusi) bermakna Pengerusi dari PH, Timbalan Pengerusi PAC juga dari PH. Maknanya, gabungan itu ada kuasa sepenuhnya dalam PAC sedangkan tujuan melantik ahli Parlimen pembangkang supaya PAC boleh menjadi semak dan imbang berkesan untuk kerajaan.

“Kita nampak ini satu penyelewengan daripada segi janji, walaupun kita tahu janji lain tak ditepati tetapi transformasi Parlimen ini diharapkan dapat dilaksana. (Jadi), kita tidak akan berada dlm PAC sehingga kerajaan berikan jawatan pengerusi kepada pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Treding kini!

Video : BN & PAS bentuk kerajaan baru di Perak?

Video : Pemimpin DAP gelar orang melayu B****RD dan BL**DY F**L ketakutan kena ser*ng

Melayu rac!st : Video padu Noh Omar ‘bantai’ MP Jelutong kaw-kaw hingga terdiam

Pencemaran toksik : Pengarah DOE Johor pemegang PhD palsu

Saya takkan lupa siapa yang rosakkan UMNO- TMJ

TMJ bukan Wakil rakyat : Ini jawapan padu TMJ pada Mahathir

Menteri ‘haprak’ mujahat patut simbah dengan asid – lihat video penuh

Menakutkan! Inilah yang berlaku selepas perarakan LBGT di Malaysia – 7 gambar bala Allah dah sampai?

Mat sabu terdiam & malu besar Najib buka rahsia Hotel Milik ATM dijual pada Singapura

Video : kenduri kahwin dihiasi aksi ‘tiger show’ wanita separa b*gel

7 gambar : Rakyat menderita merempat tepi jalan menteri menari tak ingat dunia

Kami akan halau Melayu keluar dari Malaysia kata Qing Shan Chew

Video : bini orang lari dari ikut jantan india kena tibai