Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tol Free 11 mlm- 5 pagi : Pengundi kelulusan SRP Semenyih bantai Menteri Ijazah palsu PH

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mencadangkan penghapusan tol di waktu yang dianggapnya tidak sesuai.

Beliau berkata patutlah Menteri Kerja Raya Baru Bian pernah memberitahu “terpulang kepada rakyat untuk bermimpi jika mahu PH tunaikan janji hapuskan tol”.

“Dulu saya tak taham mengapa dia cakap begitu. Selepas pengumuman mereka semalam (Sabtu), baru saya faham,” coretnya di Facebook malam tadi dengan melampirkan kenyataan Baru.

“Rupa-rupanya, tol hanya ‘free’ (percuma) semasa kita tidur iaitu dari pukul 11 malam sampai 5 pagi. Menteri ini bagus. Awal-awal lagi dia sudah bagi ‘signal’ (isyarat).”

Pada Oktober lalu, Baru menjawab “terpulanglah” apabila apabila mengulas soal “adakah rakyat Malaysia bermimpi” untuk melihat pemansuhan tol yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Beliau juga menjelaskan kerajaan bersedia menghapuskan tol apabila ekonomi negara dapat dipulihkan daripada kesan-kesan negatif yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan kadar tol bagi empat lebuh raya di Lembah Klang yang dikendalikan oleh Gamuda Berhad bakal dihapuskan dari 11 malam dan 5 pagi.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh raya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Pada waktu puncak pula, kerajaan akan memperkenalkan caj kesesakan trafik selama enam jam sehari sebagai menggantikan kadar kutipan tol sedia ada.

Sementara potongan bayaran sebanyak 30 peratus daripada kadar sedia ada dikenakan bagi penggunaan waktu biasa.

 

DALAM MASA YANG SAMA INI KOMEN PADU PENGUNDI SEMENYIH