no comments

Cara untuk saman pemaju jika rumah dibeli rosak atau cacat

Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 tahun untuk saman pemaju jika rumah anda cacat/rosak. Bayangkan lepas duduk rumah baru, semuanya nampak okey, tanpa anda ketahui sebenarnya ada keretakan atau kerosakan yang anda tak nampak pada bahagian rumah anda.

Imej mungkin mengandungi: luaran

Tempoh defect liability period (biasanya 2 tahun sahaja) yang mewajibkan pemaju untuk membaiki rumah anda jika terdapat kerosakan sudah pun tamat tetapi anda masih tidak tahu tentang kerosakan ‘tersembunyi’ pada rumah anda.

Imej mungkin mengandungi: luaran

Namun secara tiba-tiba selepas 6 tahun anda menduduki rumah anda, anda dapati terdapat keretakan yang serius pada bahagian rumah anda akibat kecuaian pemaju! Adakah anda masih boleh mengambil tindakan terhadap pemaju?

Secara umumnya, had masa untuk mengambil tindakan sivil dalam mahkamah adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Ini diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Namun, pada tahun lalu, Parlimen bersetuju untuk meminda undang-undang ini dengan memasukkan seksyen 6A. Apakah seksyen 6A ini?

Seksyen 6A memanjangkan tempoh had masa anda untuk menyaman pemaju sehingga 15 tahun. Ini kerana banyak kes kecacatan rumah hanya dikenalpasti selepas tempoh yang lama.

Imej mungkin mengandungi: teks

Jika menurut undang-undang had masa yang lama, ramai yang tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemaju. Namun selepas seksyen 6A ini digubal, ia memberikan tempoh masa yang lebih lama untuk pembeli berbuat demikian.

Seksyen 6A ini hanya terpakai kepada kecuaian yang melibatkan harta benda sahaja dan tidak melibatkan kecacatan pada tubuh badan (personal injuries).

Mari lihat illustrasi dalam seksyen 6A(2);

ILLUSTRATIONS

(a) C bought a house from D in 2000. In 2010, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2002, two years after C moved into the house. C has three years from 2010 to file an action in court against D for damages.

Perlu diingat sebaik sahaja anda menyedari kerosakan pada rumah anda, anda mempunyai 3 tahun sahaja untuk membawa pemaju ke muka pengadilan (bukan 15 tahun).

Tempoh 15 tahun adalah tempoh maksimum undang-undang melindungi anda dari kerosakan yang anda tidak sedari. Lihat illustrasi seterusnya dalam seksyen 6A(3);

C bought a house from D in 2000. In 2017, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2001, one year after C moved into the house. C cannot commence an action because he has already exceeded the 15 years limitation period.

Undang-undang seperti seksyen 6A ini adalah sangat bagus kerana ia mendorong pemaju supaya mempastikan kualiti bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti dan boleh bertahan untuk suatu tempoh yang lama.

Pemaju juga akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu berdepan dengan tuntutan daripada pembeli di masa hadapan akibat kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sumber dari page: https://www.facebook.com/JumpaKatMahkamah/

Reply