no comments

Dibenci mak mertua

Salam semua. Min, tlg hide fb aku. Aku nak share cerita aku. kawen dgn husband dia dah hampir masuk 3 tahun. Ada anak lelaki sorang umur belum setahun.

Ceritanya begini. Suami aku ni anak no 2 daripada 7 org beradik. Semua adik beradik lelaki belum kawen lagi. Semua dah besar dan bekerja.

Mil seorang yg pilih kasih antara adik beradik suami. Siapa bagi duit, mil aku akan syg. Suami aku ni dulu tak bekerja jadi selalu mil ni tak ambil kisah tentang dia. sekarang bila dah bekerja, setiap kali gaji, suami akan bagi kepada mil atas dasar tanggungjawab.

Sejak itu, mil aku selalu suruh suami aku balik ke rumahnya tanpa aku. Malah, mil suruh pulak suami aku duduk di rumahnya sampai hampir sebulan tanpa aku dan anak. Bila suami balik ke rumah, tiba tiba kami menjadi panas antara satu sama lain.

Bergaduh tanpa sebab dan kadang bergaduh atas sebab yg kecil dan remeh. Aku pernah pergi berubat dengan seorang ustaz, rupanya suami aku diracun oleh mil aku. Katanya mil aku nak control duit suami dan nak pisahkan aku dengan suami kerana mil ada calon lain untuk suami. Suami pernah lafazkan cerai talak satu kepada aku di rumah mil kerana aku ajak dia balik rumah, tapi dia tanak.

Beberapa hari selepas itu, suami merayu untuk rujuk kembali. Selepas rujuk semula, entah kenapa kami selalu bergaduh lagi dan kalini lebih teruk.

Sekarang suami di rumah mil selepas dia cakap bahawa dia mahu selesaikan perkara ini di mahkamah. Pada pendapat semua, apa yg harus aku lakukan sebab suami memang tak pernah begini dan suami pernah call saya cakap menyesal dengan perbuatannya. Saya jugak sayangkan suami dan tak sanggup kehilangan dia.

Reply